HEADLINES

Pengurangan tarif AS ‘positif’ tanpa jejaskan hak kedaulatan negara: Zafrul

Tengku Zafrul berkata, MITI bekerjasama rapat dengan Bank Negara bagi menilai kesan pelbagai tahap tarif terhadap keluaran KDNK negara

1:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kadar tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah iaitu 19% daripada 25% merupakan ‘hasil positif’ dan kerajaan akan mencari kaedah untuk mengurangkan kesan tarif terhadap eksport negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, apa yang paling penting ialah Malaysia telah bertegas dalam mempertahankan pelbagai perkara berprinsip (Red Line) dan kadar tarif sebanyak 19% telah dicapai tanpa menjejaskan hak kedaulatan negara.

Menurut Zafrul, hasil positif ini adalah susulan usaha libat urus berterusan antara kedua-dua negara melalui platform dua hala dan mencerminkan tahap kesalingmelengkapi yang tinggi antara Malaysia serta Amerika Syarikat dalam bidang perdagangan dan pelaburan selama lebih 60 tahun,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata Malaysia telah bertegas dalam mempertahankan pelbagai perkara berprinsip (Red Line) dan kadar tarif sebanyak 19% telah dicapai tanpa menjejaskan hak kedaulatan negara. – Gambar fail Bernama, 1 Ogos, 2025

Terdahulu, Amerika Syarikat (AS) mengenakan kadar tarif yang telah dikurangkan iaitu 19% ke atas import dari Malaysia, berkuat kuasa 1 Ogos, 2025.

Kadar tarif balas yang disemak semula itu adalah lebih rendah daripada kadar awal yang ditetapkan sebanyak 25%.

Dalam kalangan negara anggota Asean, Myanmar dan Laos masing-masing dikenakan kadar tarif tertinggi iaitu sebanyak 40%, diikuti Brunei (25%), Vietnam (20%), manakala Malaysia, Kemboja, Filipina, Thailand dan Indonesia masing-masing dikenakan tarif sebanyak 19%.

Singapura pula dikenakan tarif asas sebanyak 10% tanpa sebarang tarif balas.

Menurut Tengku Zafrul, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) telah bekerjasama rapat dengan Bank Negara Malaysia bagi menilai kesan pelbagai tahap tarif terhadap keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia.

“Dalam menguruskan kesan tarif sebanyak 19% ini, Miti akan terus bekerjasama dengan kementerian dan agensi berkaitan untuk mengurangkan impaknya terhadap eksport, menggalakkan pengeksport untuk memanfaatkan sepenuhnya 18 perjanjian perdagangan bebas yang dimiliki Malaysia serta terus mempelbagaikan dan mengembangkan pasaran eksport.

“Pada masa yang sama, kami akan terus melaksanakan program pembaharuan industri,” katanya.

Zafrul menekankan komitmen Malaysia untuk terus menjalinkan kerjasama dengan ekonomi-ekonomi utama seperti Amerika Syarikat sambil melaksanakan pembaharuan industri.

“Miti merakamkan penghargaan kepada semua pihak berkepentingan, termasuk Perdana Menteri, agensi-agensi kerajaan dan majlis perniagaan atas peranan mereka dalam merundingkan respons tarif Malaysia,’’ katanya.

Kementerian itu juga, katanya, merancang untuk melaksanakan program libat urus bagi membimbing pengeksport berkenaan tarif AS yangdisemak semula serta berhasrat untuk memperkukuh hubungan dagangan dengan AS yang merupakan pasaran eksport dan pelabur asing utama Malaysia.

Amerika Syarikat merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia dengan nilai RM198.65 bilion serta sumber pelaburan asing terbesar dengan nilai pelaburan yang diluluskan sebanyak RM32.82 bilion pada tahun 2024. – 1 Ogos, 2025

Topics

 

Popular

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related