HEADLINES

Tiada ‘plot twist’ peguam sifatkan tuduhan ibu penyebab kematian Zara sebagai fitnah jahat

Peguam keluarga Zara turut menasihatkan netizen supaya tidak membuat fitnah terhadap mana-mana individu

8:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – ‘Tiada plot twist’ dalam kematian pelajar Tingkatan 1, Zara Qairina Mahathir pada 17 Julai lalu, kata peguam kepada keluarganya, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini, barisan peguam terbabit berkata, tuduhan bahawa ibu pelajar tersebut, Noraidah Lamat adalah penyebab kematian Zara adalah fitnah jahat.

“Kami dengan ini menafikan semua tuduhan bahawa kematian Zara adalah disebabkan oleh ibunya. Tuduhan ini adalah tidak benar dan adalah satu fitnah jahat kepada anak guam kami. Tidak ada ‘plot twist’

“Kami menasihati netizen agar tidak membuat sebarang fitnah terhadap mana-mana individu berkaitan dengan kematian Zara,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Noraidah telah mengarahkan peguam mereka menguruskan proses bagi membolehkan kubur anaknya digali semula untuk melakukan bedah siasat.

Noraidah mendakwa pengebumian anaknya pada malam 17 Julai lalu dilakukan tanpa proses bedah siasat kerana tiada pihak mencadangkan kepadanya untuk berbuat demikian.

Luahan itu disuarakan Noraidah dua minggu selepas kematian Zara Qairina yang dikatakan terjatuh dari tingkat tiga asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar dan dikaitkan dengan kes buli.

Dalam kenyataan sama, peguam terbabit juga memberitahu pihaknya sudah memfailkan laporan polis tambahan di Balai Polis Sipitang pada 30 Julai lalu, meminta polis menyiasat kes kematian Zara secara teliti.

Ini kerana, katanya, terdapat rakaman perbualan telefon dengan pelajar terbabit bahawa terdapat pelajar senior yang sering mengganggu dan membulinya.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata seramai 60 individu termasuk tiga nama didedahkan di media sosial, iaitu ‘Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi’ telah diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian Zara.

Jauteh berkata pihaknya tidak menolak sebarang kemungkinan, termasuk unsur buli. – 1 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related