◉ HEADLINES

Pasang bendera terbalik: Jangan politikkan isu babit sekolah Cina di Port Dickson, kata Anthony

Menteri Pengangkutan berkata, siasatan berhubung insiden itu kini sedang dijalankan KPM bagi mengenal pasti sama ada ia dilakukan secara sengaja atau sebaliknya

2:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berharap tiada pihak cuba menangguk di air keruh dengan mempolitikkan isu pemasangan Jalur Gemilang terbalik di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Port Dickson, di sini, baru-baru.

Menurut beliau, siasatan berhubung insiden berkenaan kini sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) bagi mengenal pasti sama ada ia dilakukan secara sengaja atau sebaliknya.

“Setiap kali apabila adanya isu seperti ini (kesilapan memasang Jalur Gemilang) sudah tentu ada orang yang cuba mempolitikkannya.

“Tapi saya rasa adanya kesilapan dan saya serahkan kepada pihak KPM yang sedang membuat siasatan, sama ada itu disengajakan atau tidak.

“Jadi tak perlulah mana-mana pihak cuba mengambil peluang untuk mempolitikkan isu-isu seperti ini,” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan Bulan Kemerdekaan Peringkat Parlimen Seremban di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chan Wa di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Seremban itu turut menegaskan bahawa semua pihak seharusnya lebih berhati-hati mengibarkan Jalur Gemilang supaya tidak berlaku kesilapan seumpama itu.

Bagaimanapun beliau tidak menafikan kemungkinan boleh berlakunya kesilapan yang tidak disengajakan.

“Kita sememangnya memberi peringatan kepada semua orang apabila kita kibarkan Jalur Gemilang, kibarkan secara betul dan hormat, mesti ada sensitiviti.

“Tapi kadangkala ada kesilapan-kesilapan yang mungkin tidak disengajakan dan kita serahkan kepada KPM untuk menjalankan siasatan,” katanya, lapor Harian Metro.

Selain itu beliau yang juga Setiausaha Agong DAP berkata, Jalur Gemilang adalah lambang identiti negara yang seharusnya dijaga dengan penuh bangga dan hormat. – 4 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

RM950mil scrap metal tax evasion probe: MACC raids NationGate subsidiary

Electronics manufacturer says it is cooperating with authorities, taken steps to ensure operations remain unaffected after yesterday’s raid

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

◉ Related