HEADLINES

Cadang 16 tahun tamat sekolah, persiapan hadapi negara menua: Rafizi

Bekas Menteri Ekonomi berkata ia juga membolehkan mereka mula menyertai sektor pekerjaan dengan lebih awal pada usia 21 tahun

8:36 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mencadangkan kepada kerajaan untuk menetapkan umur persekolahan berakhir pada usia 16 tahun.

Mantan Menteri Ekonomi berpandangan, dengan usia semuda itu ia memberi peluang kepada mereka untuk menyertai dunia pekerjaan lebih awal.

“Sekolah mesti berakhir lebih awal pada umur 16 tahun kerana satu, kita negara menua.

“Keduanya, supaya anak-anak kita dapat mula menyertai sektor pekerjaan dengan lebih awal pada umur 21 tahun,” katanya ketika perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, semalam lapor BH.

Ketika mengulas pembentangan RMK13 yang dikatakan tidak menumpukan aspek ekonomi dan projek pembangunan, Rafizi berkata perkara itu sudah pun diberi tumpuan sebelum ini masing-masing pada 2023 dan 2024.

Beliau berkata dalam RMK13 kerajaan menumpukan aspek pendidikan kerana menyifatkan sektor itu penting untuk pembangunan masa depan negara.

Antara sektor yang diberi perhatian termasuk perkhidmatan pendidikan prasekolah yang universal membabitkan kanak-kanak seawal umur lima tahun.

“Sebenarnya ini diperlukan kerana mengambil kira ‘garbage in garbage out’ kalau kanak-kanak tidak dididik dengan baik. Pada umur yang potensi perkembangan mereka baik pada umur lima ke sembilan tahun.

“Bila mereka masuk Darjah Satu dan Darjah Lima, buatlah macam mana pun. Mereka telah pun ketinggalan. Negara-negara lain menghabiskan sumber semasa pendidikan awal bukan masa universiti, Tingkatan 1 dan sebagainya.

“Sebab itu, kalau tengok dalam RMK13 kita tak letak angka pun, berapa bilion dan sebagainya. Tetapi komitmen untuk menyediakan pendidikan prasekolah secara universal.

“Bermakna sesiapa pun jadi kerajaan selepas ini, mesti membuat keutamaan untuk memastikan sekolah seluruh negara dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun mesti mampu memberikan perkhidmatan prasekolah yang universal kepada semua,” katanya lagi. – 5 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related