HEADLINES

Tindakan tegas terhadap vape sudah ‘lama tertangguh’, kata kumpulan industri

MOVE berkata tindakan penguatkuasaan adalah kunci untuk membersihkan vape yang mengandungi dadah dan memulihkan kepercayaan orang ramai dalam industri

5:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Tindakan tegas terhadap produk vape haram di seluruh negara sudah lama tertangguh, demikian pandangan presiden Pertubuhan Entiti Vape Malaysia (MOVE), Samsul Kamal Ariffin.

Justeru beliau mengalu-alukan Ops Paru-Paru yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan sebagai langkah penting memulihkan kepercayaan orang ramai terhadap industri itu.

Bercakap kepada podcast Scoop Insight, Samsul berkata operasi bersama yang dilancarkan Julai lalu oleh Kementerian Kesihatan, polis dan Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, menyasarkan produk vape yang tidak berdaftar terutama yang mengandungi nikotin atau ubat terlarang dan telah membanjiri pasaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kami telah memberi amaran selama bertahun-tahun bahawa kebanyakan produk di pasaran tidak berdaftar dan tidak dikawal. Menerusi Ops Paru-Paru, pihak berkuasa akhirnya menangani masalah itu dengan serius,” katanya.

Operasi itu juga bertujuan menguatkuasakan pematuhan terhadap Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2024 yang baru digubal dan melindungi belia daripada terdedah kepada produk berbahaya.

MOVE menganggarkan antara 60% dan 70% produk vape yang dijual di Malaysia terutama varian pakai buang adalah tidak berdaftar. Banyak yang diseludup masuk melalui ‘saluran kelabu’ atau import selari dan penilaian pintasan oleh Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA).

Laporan Kementerian Kesihatan awal tahun ini mendedahkan lebih 7,800 cecair vape bercampur nikotin telah dirampas pada 2023, kebanyakannya disalah label atau tidak didokumenkan.

Mac lalu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad mendedahkan 67% cecair vape yang dirampas pada tahun lepas diuji positif dadah termasuk kanabinoid sintetik dan derivatif methamphetamine.

Mengulas lanjut, Samsul memberi amaran mengenai vape yang mengandungi dadah semakin membimbangkan kerana banyak produk vape yang memasuki pasaran adalah pracampuran daripada kilang dan bukannya ‘diubah suai’ oleh pengguna akhir.

“Barang pakai buang adalah masalah terbesar sekarang.

“Ia murah, tidak dapat dikesan dan sering dicampur dengan bahan yang berbahaya atau menyalahi undang-undang.

“Ini bukannya diubah suai oleh pengguna. Ia tiba dan sudah siap dengan dadah. Jika kita tidak bertindak sekarang, seluruh industri ini akan dilabel sebagai sektor pengedar dadah,” tegasnya.

Dalam pada itu, Samsul Samsul turut menekankan masalah akses kepada vape dalam kalangan remaja dan penguatkuasaan yang lemah. Beliau memberi contoh dalam satu insiden di mana seorang remaja perempuan yang ditangkap sedang menghisap vape, mendapat sokongan daripada ibu bapanya untuk mendapatkan semula peranti yang dirampas.

“Inilah jenis pemikiran yang kita sedang hadapi,” tambahnya.

Sementara peruncit, katanya, termasuk kedai serbaneka dan gerai tepi jalan sering gagal untuk memeriksa umur pembeli walaupun peraturan melarang penjualan vape kepada mereka yang berumur di bawah 18 tahun.

Beliau berkata, MOVE kini menyeru supaya langkah lebih ketat dilaksanakan termasuk termasuk menyekat jualan dalam talian kepada golongan bawah umur melalui geo-blocking, mengehadkan penjualan runcit kepada kedai yang berlesen serta mempertingkatkan kempen pendidikan di sekolah dan dalam kalangan ibu bapa.

“Kita tidak memerlukan larangan menyeluruh sebaliknya kita memerlukan kawalan yang lebih baik,” kata Samsul.

“Haramkan yang haram, kawal yang lain, dan didik orang ramai.”

Beliau turut menggesa pihak berkuasa agar tidak menyamakan pemain industi yang sah dengan pengendali haram semasa penguatkuasaan dijalankan.

“Janganlah kita menakutkan pemain yang bagus manakala yang teruk, terus beroperasi di bawah tanah,” katanya. — 5 Ogos 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Related