HEADLINES

Kes Zara Qairina: AGC sudah serah semula laporan siasatan awal kepada polis

Peguam Negara berkata laporan itu diserah semula kepada polis semalam beserta arahan tertentu untuk melengkapkan lagi siasatan

5:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) sudah menyerahkan semula laporan penuh siasatan awal membabitkan kematian pelajar sekolah agama, Zara Qairina Mahathir, 13, kepada polis yang dikaitkan dengan dakwaan buli di Papar, Sabah, 16 Julai lalu, kata Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar.

Beliau berkata, laporan siasatan itu diserahkan pihaknya kepada polis semalam untuk pihak berkuasa itu melengkapkan siasatan.

“Yang kita serah balik bukan IP (kertas siasatan) tapi laporan (penuh siasatan awal). Kita dah bagi arahan tertentu, maknanya ada beberapa benda yang kita kena ‘compile’ (susun) balik.

“Kalau nak pergi secara perinci, saya tak boleh nak cakap di sini tetapi ada beberapa perkara yang perlu dilengkapkan. Saya tak boleh nak dedahkan apa dia,” katanya ketika ditemui di Majlis Menghormati Pelantikan Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh di Istana Kehakiman Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan AGC sedang meneliti secara mendalam laporan penuh siasatan awal yang diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir, 13.

Laporan itu diterima masing-masing pada 3 Ogos lalu dari Cawangan Sabah dan pada 4 Ogos lalu di Ibu Pejabat Putrajaya.

Mengulas lanjut, Mohd Dusuki berkata, pihaknya sudah mengeluarkan arahan beberapa perkara untuk polis melaksanakan penelitian.

Mangsa yang juga pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga dan ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama pada jam 4 pagi, 16 Julai lalu.

Zara disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dalam laporan media pada 31 Julai lalu, polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur buli dalam kejadian berkenaan. – 6 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related