HEADLINES

[Kemas Kini] 4 pakar patologi termasuk dari Semenanjung terbabit bedah siasat jenazah Zara Qairina

Peguam keluarga berkata khidmat pakar luar diperlukan kerana polis mahu memastikan semua elemen keadilan untuk Zara Qairina dipenuhi

4:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat pakar patologi termasuk seorang dari Semenanjung Malaysia terbabit menjalankan bedah siasat ke atas jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Terdahulu, media melaporkan prosedur terbabit bermula jam 9 pagi, namun menurut peguam Hamid Ismail, ia ditangguhkan sementara menunggu ketibaan pakar perunding patologi forensik Dr Khairul Anuar Zainun dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

Sebaik Dr Khairul tiba di hospital pada jam 10.55 pagi, beliau disambut sorakan ratusan pengunjung yang turut berkumpul di perkarangan hospital seawal jam 7 pagi.

Tiga lagi pakar patologi adalah dari Sabah termasuk Dr Jessie Hiu.

“Proses bedah siasat jenazah dijangka selesai sekitar jam 5 petang ini,” kata Hamid.

Mengulas persoalan keperluan khidmat pakar dari luar, Hamid menjelaskan polis mahu memastikan semua elemen keadilan untuk Zara Qairina dipenuhi.

“Jadi mereka membawa masuk seorang pakar dari Semenanjung (Malaysia) untuk menangkis sebarang dakwaan negatif,” katanya, lapor Harian Metro.

Dr Hiu juga menurut Hamid, sudah memberi taklimat kepada ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat, mengenai proses itu.

“Dr Jessie sedang memberi penjelasan kepada ibu si mati mengenai bedah siasat itu. Ia mungkin mengambil masa berjam-jam, mungkin empat atau lima jam, kita tidak tahu.

“Selepas proses itu, Dr Hiu akan memberi taklimat kepada keluarga mengenai penemuan bedah siasat. Selepas itu, mayat akan dibawa pulang ke Sipitang oleh polis untuk dikebumikan semula,” katanya.

Mayat pelajar berusia 13 tahun itu tiba di hospital pada jam 10.30 malam tadi selepas digali semula dari Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi di Sipitang pada jam 7.30 malam.

Mayat Zara dihantar ke Jabatan Radiologi untuk Imbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan) sebelum disimpan di Jabatan Forensik Perubatan.

Jenazah Allahyarham Zara dikebumikan pada 17 Julai lalu selepas disahkan meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama SMKA Tun Datu Mustapha pada 16 Julai.

Sebelum ini, keluarga arwah meminta kubur Zara digali semula bagi membolehkan proses bedah siasat dilakukan agar dapat melengkapkan siasatan berhubung punca kematian pelajar terbabit. – 10 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

Related