HEADLINES

Pempengaruh mohon maaf, bergurau ketika lagu kebangsaan dimainkan

Ketua Pemuda Umno menuntut tindakan diambil terhadap pempengaruh itu kerana tidak menghormati lagu kebangsaan

10:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan kurang wajar seorang pempengaruh yang tular selepas merakam video dirinya sambil bergurau sedangkan lagu kebangsaan sedang berkumandang tampil memohon maaf.

Choo Hao Ren mengakui perbuatannya adalah tidak wajar dan sepatutnya menyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh khusyuk dan hormat.

Hao Ren dalam satu kenyataan di akaun media sosialnya, berkata dia amat kesal dengan tindakannya itu dan berjanji akan bertindak dengan lebih wajar dalam keadaan sedemikian.

Ia berikutan satu video tular di mana dia dilihat merakam dirinya sedang bergurau ketika lagu kebangsaan dimainkan.

Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh bagaimanapun menggesa tindakan diambil terhadap Hao Ren kerana tidak menghormati lagu kebangsaan dan negara.

“Ini bukan soal bangsa apa mahupun parti politik mana, ini soal tanggungjawab utama rakyat Malaysia untuk menghormati negara ini. Sebab itu kita mahukan satu hukuman yang berat kepada petualang sebegini,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook, lapor FMT.

“Kita bukan nak perbesarkan isu, tetapi isu menghormati negara ini adalah isu yang paling besar,” kata exco Melaka itu lagi.

Pada 2021, Hao Ren pernah menimbulkan kontroversi selepas menyiarkan video untuk produk pemutihan kulit yang menampilkan pempengaruh media sosial wanita dengan berwajah coklat.

Video itu dikecam hebat netizen, memaksanya tampil meminta maaf dan segera memadam muat naik tersebut. – 11 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

US returns over US$1.37b in stolen 1MDB assets to Malaysia: Azalina

While Malaysia celebrates the return of US$1.37b in misappropriated 1MDB assets from the US, Law Minister Datuk Seri Azalina Othman Said reveals that the final tally of recovered wealth remains a moving target due to market fluctuations and complex, ongoing global court battles

Related