HEADLINES

Gaji guru Pasti hanya RM700, ‘ini jelas menyalahi undang-undang’, kata Nik Nazmi

Nik Nazmi Nik Ahmad berkata lebih 9,500 guru di tadika Pasti dianggap 'sukarelawan' bagi mengelak pembayaran gaji minimum dan manfaat lain

3:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pembayaran elaun antara RM600 hingga RM700 disifatkan sebagai bukan saja ‘tidak adil’ kepada lebih 9,500 guru di pra-sekolah kendalian PAS tetapi juga melanggar undang-undang, demikian tegas Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa).

Nik Nazmi berkata alasan guru di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) adalah sukarelawan dan bukannya pekerja adalah tidak boleh diterima dan jauh dibawah kadar gaji minimum.

Tegas beliau perkara itu bercanggah dengan peraturan gaji minimum RM1,700 dan mengelak kewajipan lain seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Ini jelas menyalahi undang-undang. Jika setiap majikan melabel pekerja mereka sebagai sukarelawan, tiada siapa akan membayar gaji minimum,” katanya dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, lapor FMT.

Bekas Menteri itu mengulas jawapan Syahir Sulaiman (PN-Bachok) yang mempertahankan pra-sekolah dengan mengatakan guru hanya bekerja beberapa jam sehari selain Pasti tidak bergantung pada dana kerajaan, berbeza dengan premis dikendalikan Kementerian Pendidikan.

Tambah Syahir lagi, Pasti beroperasi hasil sumbangan awam dan sokongan bahagian PAS bagi mengelak membebankan kerajaan.

Namun, Nik Nazmi tetap menegaskan guru-guru itu adalah pekerja.

“Dari segi undang-undang, mereka adalah pekerja. Sama ada sepenuh masa atau sambilan, mereka mesti dilayan sebagai pekerja. Jika Pasti berdaftar dan memenuhi syarat, mereka mesti patuh undang-undang.

“Membayar RM600 atau RM700 tidak mengurangkan masalah kepada kerajaan, malah memburukkan lagi keadaan,” katanya

Ramai guru yang menerima bayaran itu jelasnya, tinggal di kawasan yang kos sara hidupnya tinggi seperti Lembah Klang.

Pasti adalah pra-sekolah Islam yang ditubuhkan Pemuda PAS, pada akhir 1980-an untuk menyediakan alternatif pendidikan awal kanak-kanak berteraskan agama.

Setakat 2024, terdapat 2,497 Pasti di seluruh negara dengan 9,539 guru dan 125,065 kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun. – 11 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related