HEADLINES

RM618 juta kos ambil alih 1,600 lot tanah projek lebuh raya WISE

WISE kini berada pada peringkat memenuhi syarat yang dipersetujui, dan proses pengambilan tanah hanya akan dilaksanakan selepas perjanjian konsesi berkuat kuasa

2:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perjanjian konsesi Lebuhraya West Ipoh Span (WISE) hanya akan berkuat kuasa selepas syarikat berkenaan memenuhi syarat duluan yang ditetapkan dalam perjanjian, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata antara syarat yang perlu dipenuhi ialah membuktikan sumber pembiayaan projek lebuh raya itu serta mengemukakan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), Penilaian Kesan Trafik (TIA) dan Penilaian Kesan Sosial (SIA).

Ahmad berkata, projek WISE kini berada pada peringkat memenuhi syarat yang dipersetujui, dan proses pengambilan tanah hanya akan dilaksanakan selepas perjanjian konsesi berkuat kuasa.

“Projek ini akan membabitkan pengambilan 1,600 lot tanah dengan anggaran kos sebanyak RM618 juta,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini, lapor BH.

Beliau berkata, buat masa ini projek WISE masih berada di peringkat menyempurnakan syarat duluan yang dipersetujui bersama.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dibangkitkan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Bebas – Kuala Kangsar).

Iskandar meminta penjelasan berhubung kelewatan penyediaan laporan tinjauan tanah bagi pembinaan Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) dan apakah langkah untuk memastikan proses pengambilan tanah serta kerja-kerja permulaan pembinaan lebuh raya WISE boleh diteruskan tanpa sebarang kelewatan.

Jelas Ahmad, bagi proses pengambilan tanah, syarikat konsesi perlu melalui Akta Pengambilan Tanah 1960 iaitu pewartaan di bawah Seksyen 4 bagi tujuan pembekuan koridor.

Dalam hal ini tambahnya, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuh Raya (LLM) akan membantu memudah cara urusan syarikat konsesi dalam proses pengambilan tanah dengan pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Perak.

Sebaik saja selesai proses pengambilan tanah, pihak konsesi boleh memulakan kerja pembinaan.

“KKR dan LLM akan memantau pelaksanaan pembangunan Lebuhraya WISE dengan teliti supaya ia dapat dilsiapkan sebagaimana dirancang,” katanya. – 12 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Jaya Grocer invests RM100 million in Malaysia’s first automated grocery warehouse

Jaya Grocer announces its largest investment yet, a state-of-the-art automated warehouse in Selangor, set to revolutionize supply chain efficiency, create high-skilled tech roles, and support Malaysia's digital economy

Malaysian teen made RM76,000 selling child porn as police bust major online abuse ring

Authorities arrest 31 suspects, including six minors and a religious teacher, in nationwide Op Pedo 2.0 raids that uncovered 880,000 exploitative files

Related