HEADLINES

Anwar terbuka mohon maaf kepada Muhyiddin, tunggu siasatan MCMC

Perdana Menteri berkata MCMC sedang menyiasat tiga sumber maklumat dirujuk berkait subsidi minyak warga asing palsu atau sebaliknya

12:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terbuka memohon maaf kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mendakwa Ahli Parlimen Pagoh itu mempertahankan pemberian subsidi kepada warga asing.

Pun begitu, sebelum permohonan maaf dibuat beliau menjelaskan masih menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menentukan sama ada tiga sumber maklumat dirujuk itu palsu atau sebaliknya.

“Kalau dipastikan tidak ada sumber sahih itu satu kesilapan, saya tidak ada masalah (memohon maaf)…jadi saya sudah minta MCMC mendapat penjelasan.

“Tolong siasat satu, dua, tiga sumber rujukan ini apakah sahih, kalau tak sahih maka kenyataan itu memang tak benar, tapi tunggu keputusan MCMC dulu,” katanya di Dewan Rakyat, lapor FMT.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menjawab pertanyaan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) dan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) yang meminta penjelasan apakah Ahli Parlimen Tambun akan memohon maaf kepada Muhyiddin.

Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan satu daripada tiga sumber rujukannya telah dimaklum sebagai palsu, dan beliau menunggu dua lagi hasil rujukan.

“Ada tiga sumber yang saya rujuk, dan satu daripadanya tidak benar. Kalau telah disahkan oleh MCMC, saya akan jelaskan nanti dan minta maaf kepada Pagoh (Muhyiddin),” katanya.

Beliau turut menjelaskan arahan siasatan MCMC sebelum ini bukan bertujuan menyiasat Muhyiddin, sebaliknya terhadap sumber rujukannya.

“Ada salah faham, kononnya MCMC siasat Pagoh. Tidak, saya nak jelaskan bahawa saya kata sumber (saya) ini dari satu, dua, tiga…tolong siasat apakah sahih. Kalau tidak sahih, saya terima,” kata Anwar.

Beliau turut menegur tindakan beberapa pemimpin menyerang dan memfitnah pentadbirannya setiap hari, namun tiada permohonan maaf dibuat.

“Saya belum pernah dengar ketua pembangkang dan belah sana yang fitnah hari-hari minta maaf walau sepatah pun. Ada yang kata PMX zalim, tidak beri peruntukan kepada Kelantan, PMX guna hakim untuk menekan, PMX guna Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk buat pendakwaan, persoalkan usaha perdamaian dengan Kemboja, Thailand, dan juga soal hubungan antarabangsa termasuk hal Sulawesi. Tak ada pula yang minta maaf, guna hadis pula untuk pertahan hujah, guna Qunut Nazilah,” katanya.

Sebelum ini, Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) menggesa Anwar memohon maaf dan menarik balik dakwaan beliau mempertahankan kebajikan warga asing dalam isu penyasaran RON95.

Muhyiddin, yang sebelum ini tampil di pelbagai platform media sosial menafikan perkara tersebut, berkata beliau mempertimbangkan merujuk Perdana Menteri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika tiada permohonan maaf daripadanya. – 14 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Heritage players controversy: Be ready for the worst, says TMJ

Despite not having an official role in the national football set up, Johor Crown Prince vows will fight up to the Court of Arbitration for Sports (CAS) if FIFA’s decision not in Malaysia’s favour

Related