HEADLINES

SPRM rampas aset hasil jenayah lebih RM31 bilion dalam tempoh lima tahun

Pesuruhjaya SPRM berkata daripada jumlah itu RM28 bilion adalah nilai harta yang dilucuthakkan

12:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya merampas aset hasil jenayah bernilai lebih RM31.4 bilion dan melucut hak harta hampir RM28 bilion sepanjang tempoh lima tahun, kata Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki.

Menurut beliau, jumlah itu termasuk operasi besar seperti Op Metal ke atas sindiket penyeludupan besi yang menyaksikan penyitaan aset dianggarkan bernilai lebih RM183 juta.

Selain itu, katanya SPRM turut menyita hartanah bernilai RM620 juta dalam projek rangkaian fiber, serta aset mewah berjumlah RM32 juta dari kediaman seorang individu bergelar Tan Sri yang melibatkan 217 unit jam tangan dan 27 unit beg tangan berjenama.

“Tidak ketinggalan, dalam kes penyelewengan dana bina lebuh raya, SPRM telah menyita lebih RM36 juta termasuk wang tunai, kereta mewah dan akaun bank.

“Kesemua operasi ini adalah bukti jelas bahawa SPRM sentiasa proaktif dalam mengesan, menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam aktiviti rasuah serta pengubahan wang haram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, penyitaan dan pelucuthakan aset ini merupakan langkah kritikal dalam memastikan penjenayah tidak dapat menikmati hasil daripada aktiviti haram mereka.

Azam berkata, tindakan itu sekali gus menjadi mesej jelas bahawa jenayah tidak akan pernah menguntungkan.

Katanya, salah satu peranan utama SPRM melalui Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) ialah memulihkan dan melucut hak harta tak alih serta harta alih yang diperoleh hasil daripada aktiviti jenayah.

“Sehingga kini, Bahagian AML SPRM sedang menguruskan sebanyak 41 harta tak alih yang masih menunggu pelupusan.

“Angka ini bukan sekadar statistik, malah mencerminkan sejauh mana komitmen SPRM dalam memulihkan aset hasil jenayah kepada negara,” jelasnya.

Usaha ini tegas Azam, bukan sahaja mengembalikan hasil kepada negara, malah dapat membina semula keyakinan rakyat terhadap agensi penguat kuasa di negara ini. – 15 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Related