HEADLINES

Kes Zara Qairina: JIPS rakam keterangan tiga pegawai kanan polis

Pegawai kanan tersebut ialah Ketua Polis Daerah berpangkat Superintenden, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah berpangkat Asisten Superintenden (ASP) dan pegawai penyiasat berpangkat Inspektor

9:46 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sepasukan pegawai polis dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan ke Sabah bagi merakam keterangan terhadap tiga pegawai kanan polis yang terlibat dalam siasatan awal kes kematian pelajar berusia 13 tahun, Zara Qairina Mahathir.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Kertas Siasatan Tatatertib (KST) telah dibuka terhadap tiga pegawai berkenaan iaitu Ketua Polis Daerah berpangkat Superintenden, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah berpangkat Asisten Superintenden (ASP) dan pegawai penyiasat berpangkat Inspektor yang disyaki melakukan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika menjalankan siasatan kes tersebut.

Pasukan berkenaan, kata Ayob Khan akan ke Sabah dalam masa terdekat.

Setakat ini, katanya, ketiga-tiga pegawai kanan terbabit masih menjalankan tugas seperti biasa.

“Pegawai JIPS Bukit Aman akan ke sana dalam tempoh satu atau dua hari lagi bagi mengambil keterangan ketiga-tiga pegawai berkenaan… siasatan ini berkaitan ketidakpatuhan SOP siasatan kes Zara Qairina dan penyeliaan terhadap pegawai penyiasat,” katanya, lapor Bernama.

Rabu lepas, polis mendedahkan berlaku ketidakpatuhan pada prosedur siasatan di mana pegawai penyiasat (IO) tidak membuat permohonan untuk bedah siasat ke atas mayat pelajar Zara Qairina Mahathir, yang meninggal dunia pada Julai lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M Kumar berkata, pihaknya sedang meneliti tindakan tegas terhadap pegawai penyiasat dan penyelia yang gagal mematuhi prosedur termasuk kemungkinan penggantungan tugas, namun ia masih di peringkat siasatan.

Dalam pada itu, Ayob Khan berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai penyiasat dan penyelia yang bertanggungjawab sekiranya terbukti berlaku ketidakpatuhan SOP siasatan.

Setakat ini, katanya, ketiga-tiga pegawai kanan terbabit masih menjalankan tugas seperti biasa.

Pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar itu dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama dan ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang pada jam 4 pagi 16 Julai lalu.

Allahyarham disahkan meninggal dunia keesokannya selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu. – 16 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

KLIA responds swiftly to storm-induced water overflow at terminal

Engineering and safety teams mobilised within minutes to contain rainwater intrusion and protect passenger areas, as thunderstorms continue across the Klang Valley

PTPTN to use e-Kasih data to convert loans into scholarships for students from low-income households

Starting next year, PTPTN will refer to the database to transform loans for students from poor families into scholarships, lightening financial burdens and enhancing academic focus

Much to learn from Perodua PR blunder – Ravindran Raman Kutty

Perodua’s swift correction wasn’t enough to prevent questions on inclusivity, underscoring why brands must treat religious sensitivity with the same rigour as product safety

Related