HEADLINES

Amir Hamdan dilantik Presiden, CEO Kumpulan Prasarana

Amir menyertai Prasarana pada 2019 dan mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam bidang kewangan, operasi serta strategi korporat

2:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Amir Hamdan dilantik secara rasmi sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (PGCEO) Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berkuatkuasa semalam.

Menurut pengerusi Prasarana Tan Sri Mohd Nasir Ahmad, pelantikan itu adalah hasil prestasi cemerlang dan sumbangan signifikan beliau sejak menyertai Prasarana.

“Kepimpinan beliau yang tenang, berwibawa dan berteraskan Budaya Tatakerja syarikat telah membuktikan kemampuannya untuk membawa Kumpulan Prasarana ke hadapan.

“Pihak Lembaga Pengarah yakin beliau akan terus memacu organisasi ini ke arah pencapaian yang lebih tinggi, selaras dengan matlamat nasional untuk memperkukuh sistem pengangkutan awam negara,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Amir ketika mengulas mengenai pelantikan berkenaan berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan bagi memikul tanggungjawab besar dan bertekad untuk memperkukuhkan sistem pengangkutan awam negara.

Amir menyertai Prasarana pada 2019 dan mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam bidang kewangan, operasi serta strategi korporat.

Beliau sebelum ini memegang beberapa jawatan di dalam Prasarana termasuk Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi), Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, serta Timbalan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan. – 16 Ogos, 2025

Topics

 

Popular

AFC: Australia, South Korea, Kuwait in the running for 2035 Asian Cup

The governing body will review bids for both the 2031 and 2035 Asian Cups, with decisions expected at its annual congress later this year

Reconciliation talks between Malay and Indian NGOs showcase Malaysia’s unity: Ramanan

Human Resources Minister praises interfaith dialogue as a testament to the country’s maturity in rejecting provocation

Dr Mahathir pays respects to Pak Lah, praises him for peaceful resignation

Tun Abdullah Ahmad Badawi was a gracious leader who set a good example for leadership transition, says his predecessor

Related