◉ HEADLINES

Penyedia platform akan diwajibkan buat caruman Perkeso setiap transaksi pendapatan pekerja gig

Menteri Sumber Manusia berkata kadar potongan bagi setiap transaksi itu akan ditetapkan oleh menteri melalui peraturan-peraturan yang akan dikeluarkan kelak

10:34 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, berkata Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 yang akan dibentangkan di Parlimen, bakal mewajibkan semua penyedia platform membuat potongan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) daripada setiap transaksi pendapatan pekerja gig.

Beliau berkata, peratus atau kadar potongan bagi setiap transaksi itu akan ditetapkan oleh menteri melalui peraturan-peraturan yang akan dikeluarkan kelak.

“Perkeso akan memperkukuhkan mekanisme pemantauan dan audit berkala terhadap penyedia platform bagi memastikan semua kewajipan bawah perlindungan keselamatan sosial dipatuhi oleh penyedia platform,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini, lapor BH.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) sama ada kerajaan bercadang menjadikan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perkeso sebagai mandatori bagi pekerjaan ekonomi digital.

Dalam pada itu, Sim berkata, sistem digital integrasi sedang dibangun bagi memudahkan penyelarasan data pendaftaran caruman pekerja gig secara berpusat.

Selain itu, katanya, KWSP sebelum ini sudah memperkenalkan i-Saraan yang merupakan caruman sukarela.

Jelasnya, ia memberi peluang kepada pekerja sektor ekonomi gig dan orang yang bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap, untuk menyertai inisiatif khas kerajaan untuk tujuan persaraan.

“Bagaimanapun, keputusan sama ada mewajibkan caruman KWSP kepada pekerja gig adalah bergantung pada keputusan Kementerian Kewangan,” katanya.

Majlis Perundingan Gig yang ditubuhkan sebelum ini jelasnya, bertanggungjawab menasihati dan membuat syor kepada kerajaan berkaitan kadar pendapatan minimum, formula tarikh permulaan kuat kuasa, penyemakan perintah serta perkara lain berhubung pekerja gig dan entiti kontrak.

“Majlis itu akan berfungsi secara tripartite dengan membabitkan penyertaan wakil pekerja gig, wakil majikan atau penyedia platform, serta kerajaan,” katanya lagi.

Sebelum ini, Sim dilaporkan berkata, RUU berkenaan yang memperuntukkan pelaksanaan perlindungan keselamatan sosial secara efisien kepada golongan terbabit melalui Perkeso, akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi ini. – 19 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

◉ Related