◉ HEADLINES

Kes Zara Qairina: Mahkamah Kota Kinabalu jadi tumpuan, 5 remaja didakwa berkait buli hari ini

Peguam Negara berkata pendakwaan akan dibuat mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan (Pindaan 2025)

8:38 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lima remaja berusia bawah 18 tahun dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah, hari ini, atas pertuduhan membabitkan kes buli Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13.

Zara Qairina, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth 1 pada 17 Julai lalu selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah.

Insiden kematian pelajar sebuah sekolah menengah di Papar itu mendapat perhatian umum sehingga mencetus gelombang ‘Justice for Zara’.

Prosiding di Mahkamah Kanak-Kanak dijangka dijalankan secara tertutup.

Mahkamah Kota Kinabalu terus menjadi tumpuan apabila seawal jam 7 pagi, pengamal media dan anggota keselamatan sudah mula berkumpul di pekarangan mahkamah.

Difahamkan, pasukan keselamatan mengadakan dua sekatan jalan di laluan masuk ke mahkamah bagi mengawal kebanjiran orang ramai serta keselamatan di lokasi.

Sebelum ini, kenyataan media pada Isnin memaklumkan kelima-lima remaja di bawah 18 tahun terbabit akan didakwa atas pertuduhan membuli pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, dengan mengugut melalui komunikasi.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, pendakwaan akan dibuat mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan (Pindaan 2025). – 20 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

World sepak takraw rankings: ambitious start, stalled progress?

Six months after the ISTAF World Cup, the much-anticipated ranking system remains in limbo, leaving questions about the sport’s Olympic future

◉ Related