◉ HEADLINES

Zafrul masuk PKR: Anwar sahkan sudah lama terima nota bantahan Umno

Perdana Menteri berkata akan menyemak isu berkait nota bantahan itu dengan Setiausaha Agung PKR

10:10 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan ada menerima nota bantahan daripada Umno berhubung penyertaan bekas ahli parti itu, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ke dalam PKR.

Beliau bagaimanapun berkata, akan membuat semakan berhubung nota bantahan terbabit dengan Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh.

“Surat (nota bantahan) itu sudah lama (diterima). Saya kena semak dengan Setiausaha Agung,” katanya ringkas ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini, lapor BH.

Dalam laporan pada 17 Ogos lalu, Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil mengesahkan menerima surat berkenaan.

Beliau dipetik sebagai berkata, Majlis Pimpinan Pusat parti dijangka akan membincangkannya menjelang akhir bulan ini.

Ia susulan pengesahan Tengku Zafrul yang menyertai PKR minggu lalu selepas meninggalkan Umno.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan bahawa parti itu akan menghantar nota bantahan kepada semua parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan yang telah menerima atau bercadang untuk menerima bekas ahli Umno.

Beliau dilaporkan berkata tindakan sedemikian boleh menjejaskan hubungan antara parti dalam gabungan tersebut.

Tengku Zafrul mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Umno pada 30 Mei lalu dan sekali gus menyatakan hasrat untuk menyertai PKR.

Susulan itu pada 8 Ogos, beliau mengesahkan bahawa permohonannya untuk menyertai PKR telah diterima dan kini menjadi ahli PKR Ampang. – 20 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related