HEADLINES

Najis tikus dan lipas di dapur, tiga restoran di Wangsa Maju diarah tutup

Pihak berkuasa mengeluarkan 44 kompaun atas pelbagai kesalahan termasuk ke atas pengendali makanan yang tidak mendapatkan suntikan tifoid

9:45 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga restoran di Wangsa Maju telah diarah tutup kerana melanggar aspek kesihatan dan kebersihan termasuk membiarkan dapur dan rak penyimpanan makanan dipenuhi urungan najis tikus dan lipas.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataannya memaklumkan, tindakan itu diambil pemeriksaan yang dijalankan ke atas 32 buah premis.

Antara kesalahan yang dilakukan, katanya, ada antara pemilik atau pekerja gagal mendapatkan suntikan tifoid dan menghadiri kursus pengendali makanan.

“Selain itu, kata DBKL, perangkap minyak juga tidak dipasang dan tidak diselenggara di bawah sinki, lantai dan dinding di ruang dapur kotor serta terdapat sisa makanan, meletakkan kerusi meja di kaki lima dan tiada lesen perniagaan premis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

DBKL memberitahu, kesalahan tersebut dikesan menerusi Operasi Penguatkuasaaan Malam yang dijalankan di sekitar di sekitar Jalan Gombak, Jalan Chengal Selatan, Platinum Walk, Jalan Danau Niaga 1, Taman Koperasi Polis Fasa 1, Desa Melawati, Diamond Square, Jalan Usahawan 7 dan Kampung Padang Balang.

“Hasil pemeriksaan, tiga premis telah dikenakan tindakan arahan penutupan manakala 44 kompaun turut 44 kompaun turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,’’ katanya.

Menurut DBKL, pihaknya akan meneruskan tindakan seumpama ini dari semasa ke semasa bagi memastikan pengusaha premis makanan sentiasa mematuhi kehendak kesihatan yang telah ditetapkan. – 23 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related