HEADLINES

RUU Pekerja Gig 2025: Profima harap tiada pihak cuba sabotaj

Profima berkata isu ini bukan sahaja melibatkan sektor seni, tetapi juga 1.2 juta pekerja gig di pelbagai sektor lain di seluruh negara

2:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) Khalil Salleh, berharap tiada pihak berkepentingan, termasuk penyedia platform atau pembangkang akan menggagalkan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat minggu depan.

Beliau berkata, bacaan pertama RUU tersebut oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim dilihat sebagai penyelesaian kepada isu dan cabaran yang membelenggu pekerja kreatif selama lebih dua dekad, termasuk ketiadaan jaminan pendapatan, perlindungan sosial, dan keselamatan pekerjaan.

“Jangan sesekali berlaku pengkianatan yang boleh menjejaskan atau menggagalkan kelulusan RUU Pekerja Gig apabila ia dibentangkan di Parlimen, samada oleh penyedia platform, pihak pembangkang mahupun mana-mana pihak lain yang berkepentingan.

“Kami di sektor perfileman dan seni telah lama menangung penderitaan tanpa sebarang
pembelaan undang-undang yang kukuh. Justeru, kami menaruh harapan besar agar Akta
Pekerja Gig ini akhirnya menjadi realiti sebagai pelindung hak, kebajikan dan masa depan
kami,” katanya yang menyambut baik bacaan pertama RUU tersebut oleh Steven Sim.

Khalil dalam satu kenyataan berkata, sektor perfileman dan seni telah lama menderita tanpa pembelaan undang-undang yang kukuh. Oleh itu, mereka menaruh harapan besar agar Akta Pekerja Gig ini menjadi realiti sebagai pelindung hak dan masa depan mereka.

Tegasnya, isu ini bukan sahaja melibatkan sektor seni, tetapi juga 1.2 juta pekerja gig di pelbagai sektor lain di seluruh negara.

Menurutnya, Profima terlibat secara aktif bersama Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) serta pihak berkepentingan sejak awal proses libat urus dan turut berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, atas sokongan berterusan dan peranan beliau dalam mencetuskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (Segim).

Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas komitmen mereka untuk menyelesaikan isu yang telah lama dihadapi oleh pekerja gig negara, termasuk sektor perfileman dan kreatif.

Profima yakin pelaksanaan undang-undang ini akan mewujudkan ekosistem pekerjaan kreatif yang lebih adil dan mampan, sekali gus memperkukuh kedudukan industri perfileman Malaysia di peringkat antarabangsa. – 24 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

[WATCH] Robust US trade links critical to sustaining Malaysian jobs: Tengku Zafrul

Malaysia risks losing thousands of jobs if it fails to come to a trade agreement with the the United States following the latter’s new tariff regime, said Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz while stressing that execution, credibility and real economic spillovers are key to sustaining investor confidence

Roslin Hashim embarks on three-year mission to boost Egyptian badminton ahead of 2028 Olympics

Former national player aims to boost Egypt’s badminton standards, with a focus on the 2028 Los Angeles Olympic Games

Marhamah’s appointment sparks debate, uncle Badrulamin hits back

He insists donation funds were audited, denies New Age links, urges fairness in judgment

Related