HEADLINES

SARA RM100: RM192.4 juta dibelanjakan lebih 2.9 juta rakyat dalam tempoh 3 hari

Kementerian Kewangan berkata hari ketiga pelaksanaan Penghargaan SARA mencatat jumlah transaksi tertinggi setakat ini membabitkan lebih 1.1 juta transaksi semalam

9:16 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MOF) berkata lebih 2.9 juta pengguna membeli barangan keperluan asas menggunakan bantuan kredit Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam tempoh tiga hari dengan jumlah perbelanjaan mencecah RM192.4 juta di seluruh negara.

Kementerian itu dalam kenyataan menjelaskan hari ketiga pelaksanaan SARA mencatat jumlah transaksi tertinggi setakat ini dengan lebih 1.1 juta transaksi semalam.

Ia katanya, membabitkan nilai jualan sebanyak RM75.3 juta setakat jam 10.30 malam Selasa berbanding RM50 juta pada Ahad lalu.

Malah jelasnya, kadar transaksi berjaya juga meningkat kepada 95% semalam berbanding 79% pada hari pertama 31 Ogos lalu.

“Peningkatan jumlah transaksi sejak 31 Ogos lalu menyebabkan sistem MyKasih berdepan pencanakan trafik yang mencecah lebih 2,000 transaksi diluluskan seminit berbanding rekod terdahulu sekitar 540 transaksi seminit pada April 2025.”

MoF memaklumkan ini peningkatan hampir empat kali ganda berbanding kapasiti puncak sebelum ini dan bagi meningkatkan kelancaran sistem, kapasiti pemprosesan dipertingkatkan daripada 5,000 kepada 15,000 kuiri seminit.

“Satu transaksi lazimnya melibatkan beberapa permintaan sistem – termasuk imbasan MyKad, bacaan barangan dan pengesahan akhir. Peningkatan ini dijangka mempercepatkan proses transaksi dan meningkatkan keselesaan pengguna.

“Kementerian Kewangan menghargai sambutan menggalakkan daripada penerima. Maklum balas orang ramai akan terus menjadi rujukan penting dalam usaha menambah baik sistem agar lebih cekap dan mesra pengguna.”

SARA RM100 adalah ikhtiar segera bagi meringankan beban sara hidup dan penghargaan kepada rakyat, membabitkan peruntukan keseluruhan bernilai RM2 bilion.

Bantuan itu sah hingga 31 Disember ini dan boleh digunakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara. – 3 September, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related