◉ HEADLINES

Zainani dilantik Akauntan Negara baharu

JANM berkata, pelantikan Zainani itu bagi menggantikan Datuk Nor Yati Ahmad yang bersara wajib hari ini

10:21 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengumumkan pelantikan Timbalan Akauntan Negara (Korporat), Zainani Jusoh sebagai Akauntan Negara baharu berkuat kuasa hari ini.

JANM dalam kenyataan berkata, pelantikan Zainani itu bagi menggantikan Datuk Nor Yati Ahmad yang bersara wajib hari ini.

“Surat pelantikan Zainani sebagai Akauntan Negara telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar di Putrajaya pada 27 Ogos lepas,” kata kenyataan itu.

Anak kelahiran Tanah Merah, Kelantan ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan adalah akauntan bertauliah serta ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA).

“Zainani berpengalaman sebagai penjawat awam lebih 30 tahun apabila mula menyertai sektor awam pada 1994 sebagai akauntan di Pasukan Petugas Sistem Perakaunan Mikro, JANM.

“Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah berkhidmat di pelbagai jabatan dan kementerian antaranya Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Luar serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),” jelas kenyataan itu lagi.

Zainani turut memainkan peranan penting dalam menukar landskap pengurusan perakaunan di kedutaan Malaysia luar negara dari manual kepada pendigitalan.

Sebelum menjawat jawatan Timbalan Akauntan Negara (Korporat) pada September 2023, beliau pernah mengetuai Bahagian Khidmat Perunding JANM serta Bahagian Akaun Kementerian Kewangan dari 2019 hingga 2023.

Atas sumbangan dan kecemerlangan perkhidmatan, Zainani telah dianugerahkan darjah kebesaran Bentara Setia Mahkota sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada 2015.

JANM ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada pihak kerajaan atas kepercayaan yang diberikan kepada Zainani bagi menggalas tugas dan amanah sebagai Akauntan Negara bermula dari 3 September 2025,” katanya. – 3 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related