◉ HEADLINES

Wanita cuba dekati Sultan Perak dirujuk ke Hospital Bahagia

Wanita itu dihantar ke hospital berkenaan mengikut peruntukan Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615) selepas berakhirnya tempoh reman semalam

9:28 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang wanita tempatan yang cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak, telah dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjung Rambutan.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata, ia bagi tujuan pemantauan lanjut dan dihantar ke hospital berkenaan mengikut peruntukan Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615) selepas berakhirnya tempoh reman semalam.

Siasatan kes berkenaan, katanya, telah selesai dijalankan.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perak dan akan dimajukan ke Pejabat Peguam Negara, Putrajaya, hari ini, bagi mendapatkan arahan serta keputusan lanjut.

“Sebarang perkembangan lanjut berhubung keputusan kes akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan semalam.

Wanita yang mempunyai rekod rawatan psikiatri itu ditahan pengawal keselamatan bertugas pada 31 Ogos lalu selepas masuk melalui tepi pentas ketika lagu kebesaran negeri Perak berkumandang.

Dia ditahan kerana cuba mendekati dan menyerbu Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di atas pentas utama.

Siasatan awal sebelum ini mendapati wanita berusia 41 tahun itu mempunyai rekod lampau berkaitan dadah, namun ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Dia ditahan reman selama tiga hari bermula Isnin lalu. – 4 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Sunway-IJM proposed merger to create mega construction firm

However, the deal may put focus on Bumiputera, national interests

MMA wants RM50 minimum for GP consultation fees, says RM10 ‘not enough’

Association says two-decade-old rate makes private practice unsustainable and fails to reflect doctors’ true value

◉ Related