HEADLINES

Mustahil untuk masukkan Zara Qairina dalam mesin basuh : Dr Jessie

Mesin basuh itu tidak boleh berfungsi dengan beban seberat 53 kilogram

1:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pakar patologi forensik Hospital Queen Elizabeth, Dr Jessie Hiu, yang menjalankan bedah siasat ke atas Zara Qairina Mahathir berkata adalah mustahil untuk memasukkan remaja berusia 13 tahun itu ke dalam mesin basuh.

Beliau berkata demikian pada prosiding hari kedua inkues berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu itu di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu.

Prosiding pendengaran diadakan di hadapan Koroner, Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan.

Dr Jessie Hiu, 58, yang berkhidmat di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth sejak 1998, berkata perkara itu tidak mungkin berlaku disebabkan berat mangsa, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika disoal pengendali prosiding, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II Datuk Badius Zaman Ahmad.

Badius Zaman: Doktor, adakah anda menjumpai mesin basuh ketika lawatan ke tempat kejadian?

Dr Hiu: Ya, terdapat satu, di tingkat bawah, berhadapan dengan tangga.

Badius Zaman: Doktor, adakah anda tahu saiz mesin basuh itu?

Dr Hiu: Ia merupakan mesin basuh domestik, bukan industri.

Badius Zaman: Adakah mangsa boleh dimasukkan ke dalam mesin basuh?

Dr Hiu: Saya tidak memeriksa saiz dram mesin basuh tersebut. Saya dimaklumkan mangsa mempunyai berat 53 kilogram, dan saya tidak fikir mesin itu boleh berfungsi dengan beban seberat 53 kilogram.

Sementara itu, peguam mewakili tertuduh remaja, Datuk Ram Singh bersama rakan guamannya mencuri tumpuan apabila membawa sebuah patung ke Mahkamah Koroner.

Patung berkenaan dilaporkan bagi membantu Dr Jessie menunjukkan kedudukan serta kecederaan pada tubuh Zara Qairina.

Allahyarham Zara Qairina, 13, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1 pada 17 Julai lalu, selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran longkang di asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi, 16 Julai lalu.

Jenazahnya digali semula pada 9 Ogos lalu bagi membolehkan bedah siasat dijalankan susulan dakwaan wujud kejadian buli. – 4 September, 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Related