HEADLINES

Dakwaan Petronas bolot 95% keuntungan di Sarawak tidak tepat: Rafizi

Ahli Parlimen Pandan berkata Petronas hanya mencatat margin keuntungan sekitar 10%-15% selepas ditolak dengan kos pembangunan yang besar

10:12 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Petronas hanya mencatat margin keuntungan sekitar 10%-15% selepas ditolak dengan kos pembangunan yang besar serta pembayaran dividen dan bukan 95% seperti didakwa pihak tertentu.

Bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli berkata demikian ketika memberi jawapan balas dalam sesi audio siar ‘Yang Berhenti Menteri’ terbarunya berhubung dakwaan Penasihat Undang-undang Kerajaan Sarawak Datuk Seri JC Fong bahawa Petronas mengaut 95% hasil minyak dan gas (O&G) negeri tersebut sejak 50 tahun.

Fong turut mendakwa bahawa Sarawak hanya menerima RM49 bilion dalam tempoh hampir lima dekad.

Rafizi menyanggah kenyataan itu mengatakan ia tidak tepat dan hanya mengambil angka ‘separuh-separuh’ selain gagal menjelaskan perbelanjaan ratusan bilion ringgit ditanggung Petronas untuk membangunkan industri O&G di Malaysia Timur sejak sekian lama.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, kerangka kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) menetapkan bayaran royalti sebanyak 5% bagi setiap blok yang dieksplorasi, masing-masing kepada Sarawak dan Putrajaya, manakala selebihnya digunakan menampung kos serta diagihkan bersama rakan kongsi.

“Kalau ambil satu PSC, selepas bayar 10% dividen tinggal 90%. Daripada jumlah itu, kemungkinan besar 70% adalah kos – dan ia bukan masuk poket Petronas pun. Sebahagian kos kontrak juga diberikan kepada syarikat Sarawak.

“Jadi baki 20% perlu diagih dengan rakan kongsi dan menampung kos kewangan lain. Sebab itu margin keuntungannya mungkin sekitar 10%-15%,” katanya sambil menegaskan peningkatan kos menyebabkan perniagaan Petronas semakin tertekan, lapor FMT.

“Akhirnya, Petronas perlu membayar semula kepada kerajaan persekutuan dalam bentuk dividen dan sebahagiannya disalurkan kepada Sarawak melalui peruntukan tertentu.”

Petronas pula jelasnya, berhak ke atas keuntungan (10-15%) ini kerana merekalah yang melabur, mengambil semua risiko perniagaan serta melakukan semua kerja O&G di negara ini, selain bertanggungjawab terhadap perbelanjaan modal infrastruktur jangka masa panjang.

“Saya tidak kata salah untuk Sarawak memiliki lebih banyak hak dalam menentukan bagaimana hasil buminya dibangunkan tetapi biarlah kita mencerdikkan rakyat kerana perkara itu tidak adil…tak betul kata 95% hasil pergi ke Petronas,” tegas Rafizi.

Dalam laporan media sebelum ini, Fong mendakwa jumlah berbilion ringgit yang diterima Sarawak masih jauh daripada nilai sebenar sumber minyak dan gas negeri itu.

Tambahnya, dana tersebut digunakan bagi membiayai projek infrastruktur utama di negeri itu.

Menurutnya, dengan mengambil semula kawalan pengedaran gas melalui Petroleum Sarawak Bhd (Petros), kerajaan negeri akan lebih berupaya menyalurkan hasil kepada program yang memberi manfaat kepada rakyat. – 7 September, 2025

Topics

 

Hangat

Can Mutiara LRT line transform Penang’s transport, economy? Here’s an explainer

The RM13bil endeavour aims to tackle congestion, enhance connectivity, and spark economic growth across the island

Malaysian teen made RM76,000 selling child porn as police bust major online abuse ring

Authorities arrest 31 suspects, including six minors and a religious teacher, in nationwide Op Pedo 2.0 raids that uncovered 880,000 exploitative files

Amarjit Singh elected UCI vice-president, a first for the nation

Cycling chief vows to strengthen Asia’s voice in global sport after historic win in Kigali

Related