HEADLINES

OCPD Dang Wangi cedera dibaling batu di Kampung Sungai Baru

Keadaan di Kampung Sungai Baru menjadi kecoh dan tegang selepas operasi pengosongan dijalankan ke atas baki penduduk yang ada di situ

2:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Suzilme Affendy Sulaiman cedera di muka akibat terkena balingan batu ketika terlibat dalam mengawal keadaan semasa operasi pengosongan rumah dijalankan di Kampung Sungai Baru, di sini hari ini.

Beliau mengalami luka di bahagian kepala dengan berdarah mengalir di bahagian muka. Gambar kecederaan Suzilme kini tular di media sosial.

Ketegangan memuncak di Kampung Sungai Baru pada pagi ini selepas polis menghalang laluan masuk dan mengarahkan baki keluarga yang ada supaya mengosongkan rumah mereka sebelum tengah hari.

Media melaporkan khemah kawalan turut didirikan manakala kawalan keselamatan diperketatkan.

Orang luar juga dilarang memasuki kawasan terbabit. Beberapa penduduk dilaporkan enggan keluar sebelum bailif mahkamah mengeluarkan arahan tegas untuk merobohkan rumah bagi keluarga yang enggan mematuhi arahan.

Arahan itu bagaimanapun mencetuskan bantahan penduduk yang enggan berganjak walaupun diberi masa untuk mengalihkan barangan masing-masing.

Dalam pada itu, wakil media tidak dibenarkan memasuki lokasi operasi dan hanya dapat memantau dari luar kawasan.

Situasi di lokasi kini terus dipantau rapi polis yang dilihat cuba mengelakkan konfrontasi secara fizikal. – 11 September, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related