HEADLINES

Polis sahkan tahan pemimpin PAS Sungai Buloh berkait isu Kampung Sungai Baru

Polis berkata, Zaharuddin Muhammad ditahan berkaitan isu pengusiran penduduk Kampung Sungai Baru di kediamannya, awal pagi tadi

3:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Sulizmie Affendy Sulaiman mengesahkan, Ketua PAS Sungai Buloh, Zaharuddin Muhammad ditahan berkaitan isu pengusiran penduduk Kampung Sungai Baru di kediamannya, awal pagi tadi.

“Ya, saya sahkan penahanan ini bersabit kes Kampung Sungai Baru tempoh hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 186, Seksyen 353 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” kata Sulizmie dalam satu kenyataan ringkas, hari ini lapor BH.

Untuk rekod, Seksyen 186 Kanun Keseksaan merujuk kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas, Seksyen 353 berkaitan penggunaan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam, manakala Seksyen 324 pula membabitkan kesalahan menyebabkan cedera menggunakan senjata atau benda berbahaya.

Terdahulu, tular di beberapa laman media sosial rakaman video berhubung penahanan Zaharuddin pada kira-kira jam 1.30 pagi tadi oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di kediamannya di Sungai Buloh.

Sebelum ini, media melaporkan tujuh lelaki ditahan selepas disyaki terbabit dalam provokasi ketika proses pelaksanaan writ saman milikan kosong kediaman di Kampung Sungai Baru, di sini, pada 11 September lalu.

Semua suspek berusia antara 15 hingga 52 tahun ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes mencederakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman.

Sulizmie cedera ketika mengawal keadaan sewaktu operasi pengosongan bangunan di lokasi.

Dalam perkembangan berkaitan, Pemuda Pas Selangor mengecam sekeras-kerasnya tindakan polis menahan pendakwah dan aktivis rakyat, Ustaz Zaharuddin Muhammad, di rumahnya sekitar jam 1.30 pagi tadi.

Menurut sayap parti itu, penahanan yang dilakukan pada waktu tengah malam bukan sahaja mengejutkan, malah mencerminkan sikap Kerajaan Madani yang didakwa semakin menekan suara rakyat.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, Ustaz Zaharuddin dikenali sebagai pendakwah, ilmuwan dan aktivis yang konsisten membela nasib rakyat, khususnya dalam isu pengusiran penduduk Kampung Sungai Baru.

“Tindakan menahan beliau jelas bermotifkan tekanan politik kerana beliau lantang menyuarakan kezaliman yang sedang menimpa masyarakat di kampung tersebut.

“Menangkap seorang pendakwah pada tengah malam kerana membela rakyat adalah satu bentuk intimidasi yang tidak boleh diterima,” katanya. – 15 September, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related