HEADLINES

DUN Sabah dijangka bubar sebelum 11 November: Hajiji

Ketua menteri Sabah bagaimanapun tidak menyebut secara pasti sama ada Oktober atau November ini

3:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan sebelum ia terbubar sendiri pada 11 November ini bagi memberi laluan kepada PRN ke-17, demikian bayangan diberi Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut secara pasti sama ada Oktober atau November ini.

Katanya, pembubaran DUN tidak bergantung kepada ramalan cuaca Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) kerana penggalnya sudah berada di penghujung.

“Kita tiada pilihan sebab tempoh DUN terbubar sendiri pada November ini. Jadi, (pembubaran) mesti kita buat sebelum itu,” katanya selepas Majlis Penutupan Konvensyen Mahasiswa Sabah di Dewan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun, Penampang, lapor Borneo Post.

Ketika ditanya spekulasi DUN akan dibubar bulan depan susulan ramalan MetMalaysia akan berlaku musim hujan pada Oktober ini: “Sokong kerajaan hari ini,” jawab Hajiji ringkas.

Sebelum itu, Hajiji berseloroh bahawa pembubaran DUN akan dilakukan apabila keadaan cuaca baik, merujuk cuaca tidak menentu di Sabah dengan hujan berterusan di beberapa daerah.

“Memang tidak lama lagi (DUN dibubarkan), sabarlah, tunggu. Kalau cuaca ini terang, kita bubarlah, tunggu cuaca baik nanti.”

Sementara itu, Hajiji dalam ucapannya berkata, PRN17 amat penting kerana ia akan menentukan kesinambungan pembangunan negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau berkata, kerajaan GRS pimpinannya membuktikan keupayaan dengan rekod pencapaian dalam pelbagai bidang, khususnya pendidikan, ekonomi, kebajikan, pelaburan dan pengurusan hasil negeri.

“Buatlah pilihan terbaik yang menjamin kesinambungan pembangunan, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat. PRN kali ini adalah peluang keemasan kita untuk memilih sebuah kerajaan yang kuat dan paling penting kerajaan didominasi parti tempatan.

“Jangan lagi kita mengulangi kesilapan sebelum ini, kononnya mahukan perubahan, namun lain pula jadinya. Pembangunan dan kemajuan negeri terencat. Banyak projek pembangunan terbengkalai disebabkan dasar lemah dan tidak terancang. Akhirnya, kita semua menerima kesannya.” – 21 September, 2025

Topics

 

Hangat

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related