◉ HEADLINES

Rekod sistem e-hailing antara mekanisme elak salah guna subsidi RON95: Amir Hamzah

Pemandu e-hailing boleh memohon sokongan syarikat dan penggunaan RON95 boleh disahkan melalui rekod sistem e-hailing

12:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan beberapa mekanisme kawalan bagi mengelakkan penyelewengan subsidi petrol RON95 termasuk pengesahan bersama syarikat masing-masing bagi golongan seperti pemandu e-hailing.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata langkah itu, antara lain, bagi memastikan golongan seperti pemandu e-hailing yang memerlukan lebih 300 liter sebulan benar-benar layak mendapatnya.

“Kalau kelayakan itu ada, mereka boleh memohon dengan sokongan syarikat. Kita boleh mengesahkan penggunaan tersebut melalui rekod sistem e-hailing sama ada benar-benar digunakan untuk bekerja.

“Kerajaan juga tidak akan membenarkan penggunaan yang terlalu banyak dalam sehari,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Jelajah Mega E-Invois Siri 2/2025, di Pulau Pinang, hari ini.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan petrol RON95 pada harga RM1.99 bermula 30 September ini bagi rakyat tempatan.

Beliau berkata, bagi bukan warganegara pula, harga RON95 adalah pada RM2.60 bermula tarikh sama.

Dalam pada itu, Amir Hamzah berkata, semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas dan memiliki lesen memandu layak menerima siling kelayakan bulanan sulbsidi bersasar petrol RON95 atau Budi Madani RON95 (Budi95) hingga 300 liter sebulan.

Amir Hamzah turut memberitahu persediaan pelaksanaan subsidi bersasar RON95 berada pada tahap yang baik selepas semua syarikat minyak mengesahkan kesiapsiagaan masing-masing termasuk kemudahan mesin di stesen minyak.

“Mesin untuk digunakan di kedai sudah disediakan dan kebanyakan syarikat minyak juga telah mengaktifkan sistem di terminal pembayaran sama ada di pam atau di kaunter stesen minyak.

“Persediaan ini mencukupi, namun kita tanu tiada perkara yang sempurna dan sesuatu yang baharu mungkin menghadapi sedikit kesukaran, jadi saya harap rakyat dapat bersabar. Perkara yang penting, kerajaan akan tetap memenuhi janji,” katanya. – 23 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

FAM at 99: a journey from colonial roots to Malaysia’s football milestones

The Football Association of Malaysia (FAM) marks its 99th anniversary today, tracing a journey from its colonial-era beginnings in 1926 to becoming the custodian of Malaysian football

◉ Related