HEADLINES

Polis tahan pemandu lori terlibat kemalangan maut di Plaza Tol Bukit Kajang

Pemandu lori berkenaan mempunyai tiga rekod lampau melibatkan kes jenayah dan dadah

10:24 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori ditahan bagi membantu siasatan kes kemalangan hingga mengakibatkan seorang bayi lelaki berusia setahun meninggal dunia dan mencederakan tujuh individu di Plaza Tol Bukit Kajang, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Naazron Abdul Yusof, semakan mendapati pemandu lori berusia 42 tahun itu mempunyai tiga rekod jenayah melibatkan kes jenayah dan dadah serta empat saman lampau membabitkan kesalahan kemalangan pada 2013 dan 2016.

“Ujian saringan air kencing terhadap lelaki terbabit negatif dadah serta alkohol dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian,’’ katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau memberitahu, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan membabitkan empat kenderaan iaitu sebuah lori, sebuah kereta dan dua kenderaan utiliti sukan itu pada 10.50 pagi.

Siasatan awal, katanya, mendapati lori yang membawa muatan besi skrap dari arah Semenyih ke Putrajaya itu mengalami masalah kegagalan brek.

Ia menyebabkan pemandu berkenaan gagal mengawal kenderaan seterusnya melanggar tiga kenderaan lain yang menuju lorong di plaza tol terbabit.

“Akibat kejadian itu, seorang bayi lelaki berusia setahun meninggal dunia di tempat kejadian dan tujuh lagi mangsa menerima rawatan di Hospital Kajang, Serdang dan KPJ Kajang,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berdekatan atau Penolong Pegawai Penyiasat Trafik IPD Kajang Insp Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502 bagi membantu siasatan. – 28 September, 2025

Topics

 

Hangat

Qatar to host final stages of 2025 FIFA Confederations Cup for second year running

Tournament kicks off in Jeddah this September, with final three matches—including the decider featuring PSG—set for December in Qatar

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

Related