HEADLINES

Nahas Tol Bukit Kajang: pemandu lori lompat keluar kenderaan selepas brek rosak

Setakat ini polis telah merakam keterangan lima individu termasuk pemilik syarikat lori yang terlibat dalam kejadian terbabit

2:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan maut melibatkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang semalam, direman dua hari bermula hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Naazron Abdul Yusof, pemandu lori berkenaan dilaporkan melompat keluar dari lori kerana kenderaan itu berdepan dengan masalah brek.

“Siasatan (awal) mendapati lori berkenaan kali terakhir diselenggara pada April lepas. Pemandu lori itu juga mendakwa melompat keluar dari lori kerana berdepan dengan masalah brek.

“Namun, siasatan masih diteruskan bagi memastikan sama ada benar kenderaan tersebut mengalami masalah brek. Lori itu akan dihantar untuk pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 10.50 pagi itu melibatkan sebuah lori, sebuah kereta, dan dua kenderaan utiliti sukan (SUV), telah mengakibatkan kematian seorang bayi lelaki berusia setahun dan mencederakan tujuh individu lain.

Dalam pada itu, Naazron memberitahu, setakat ini pihaknya telah merakam keterangan lima individu termasuk pemilik syarikat lori yang terlibat dalam kejadian terbabit.

Ketika kejadian, bayi yang meninggal dunia itu berada di dalam sebuah kereta bersama dengan ibu, nenek dan kembarnya.

“Semua ahli keluarga bayi itu telah dibenarkan keluar dari Hospital Serdang selepas menerima rawatan manakala mangsa lain yang menaiki dua kenderaan utiliti sukan masih menerima rawatan di Hospital Kajang dan sebuah hospital swasta di Kajang,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – 28 September, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related