HEADLINES

Blogger kontroversi Murray Hunter ditahan di Bangkok

Warga Australia itu terkenal menerusi penulisan kritikalnya terhadap senario politik negara

12:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengulas politik dan blogger kontroversi, Murray Hunter ditahan pihak berkuasa Thailand pagi tadi atas dakwaan memuat naik perkongsian berunsur fitnah di media sosial.

Beliau memaklumkan ditahan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok pada jam 7.30 pagi tadi ketika dalam perjalanan meninggalkan negara itu ke Hong Kong.

“Saya terkejut dengan apa yang berlaku. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan di Thailand,” katanya lapor FMT.

Seorang pegawai imigresen Thailand mengesahkan, Hunter ditahan berdasarkan waran dikeluarkan mahkamah jenayah selatan Bangkok.

Butiran lanjut dakwaan itu masih belum diperolehi.

Hunter dijangka dipindahkan ke Balai Polis Yannawa di Bangkok, di mana pegawai bertanggungjawab atas kes itu akan mengambil alih siasatan dan menyediakan dokumen untuk mahkamah.

Warga Australia itu adalah pemastautin Malaysia yang kini menetap di Thailand. Beliau terkenal dengan penulisan kritikalnya mengenai senario politik negara.

Murray merupakan bekas pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) namun sudah ditamatkan perkhidmatan sejak 14 Ogos, 2015. – 29 September, 2025

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related