◉ HEADLINES

Selepas Oktober, harga RON95 tanpa subsidi diapung: Amir Hamzah

Menteri Kewangan II berkata, RON95 kekal RM2.60 seliter bulan ini untuk memberi keselesaan kepada rakyat susulan program Budi95

1:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi pada kadar RM2.60 seliter dikekalkan sepanjang Oktober sebelum diapungkan mengikut pasaran global.

Beliau berkata, harga tersebut dikekalkan untuk tempoh sebulan bagi memberi keselesaan kepada orang ramai susulan pelaksanaan program Budi Madani RON95 (Budi95).

Amir Hamzah berkata, pada bulan depan petrol RON95 tanpa subsidi akan dikemaskini mengikut harga pasaran pada setiap minggu sama seperti diesel dan RON97 berdasarkan mekanisme harga automatik.

“Jika (harga pasaran) naik, harganya akan naik, jika turun, harganya juga akan turun sama,” katanya selepas merasmikan Minggu Ekonomi dan Kewangan Awam 2025 di Institut Tadbiran Awam Negara di Bukit Kiara, lapor FMT.

Sehubungan itu, Amir memaklumkan seramai 1.5 juta pengguna telah menerima manfaat daripada pelaksanaan awal Budi95 bermula Sabtu lalu.

Bermula hari ini, setiap rakyat Malaysia yang memiliki lesen memandu sah akan dapat membeli petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter, menerusi program Budi95.

Warga asing dan kenderaan berdaftar luar negara perlu membayar harga minyak tanpa subsidi.

Sementara itu, Amir berkata kementerian bakal menerbitkan hasil Tinjauan Perbelanjaan dan Pendapatan Isi Rumah (HIES) terbaharu sebelum akhir Oktober ini yang dijangka menunjukkan pertumbuhan positif dari segi pendapatan rakyat dan kemajuan terhadap sasaran kerajaan untuk membasmi kemiskinan.

Hasil tinjauan itu menurutnya, akan dibentangkan kepada jemaah menteri terlebih dahulu sebelum langkah selanjutnya diambil kerajaan. – 30 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

◉ Related