◉ HEADLINES

Global Sumud Flotilla kurang 160 batu nautika dari Gaza, jangka akan dipintas Israel malam ini

Dron pengintip tidak dikenali turut dikesan pada altitud sederhana di kawasan pelayaran flotila di perairan Mediterranean

10:28 AM MYT

 

ISTANBUL – Global Sumud Flotilla yang belayar bagi mencabar sekatan Israel ke atas Gaza pada Selasa mengumumkan bahawa kapal-kapalnya kini berada kurang 160 batu nautika (296 kilometer) dari wilayah yang dikepung itu dan dijangka memasuki zon berisiko tinggi malam ini, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Kami kini berada kurang 160 batu nautika dari Gaza, 10 batu nautika dari zon berisiko tinggi. Terus berjaga-jaga,” menurut kenyataan flotila di Instagram.

Menurut wartawan Al Jazeera yang berada di atas kapal, dron pengintip tidak dikenali turut dikesan pada altitud sederhana di kawasan pelayaran flotila di perairan Mediterranean.

Sementara itu, seorang aktivis Turkiye, Muhammed Salih berkata sebuah kapal tentera laut Israel dikesan pada jarak 80 kilometer dari Global Sumud Flotilla, ketika bercakap dari kapal layar Adagio.

“Kami menjangkakan kemungkinan pemintasan atau serangan Israel malam ini atau malam esok. 

“Namun besar kemungkinan ia berlaku malam ini. Kami berada dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya. 

“Semua orang sudah memakai jaket keselamatan dan menunggu di dek,” kata Salih dalam satu rakaman video di Instagram.

Penganjur flotilla itu turut mengeluarkan amaran kritikal, menyeru perhatian masyarakat antarabangsa dengan menegaskan: “Keselamatan kami bergantung kepada dunia yang memerhati.”

Mereka menekankan bahawa petugas dan aktivis di seluruh dunia sedang bersiap sedia menggerakkan mobilisasi besar-besaran sebagai tanda solidariti, sambil menuntut laluan selamat bagi flotila itu. 

“Serangan terhadap flotila adalah serangan terhadap Palestin,” menurut kenyataan itu yang menggesa penyokong global menyebarkan mesej, menyertai tindakan kolektif dan menentang genosid yang sedang berlaku di Gaza.

Flotila berkenaan membawa bekalan kemanusiaan dan aktivis antarabangsa sebagai sebahagian daripada usaha memecahkan sekatan Israel sejak bertahun-tahun yang semakin memburukkan kehidupan di Gaza. – 1 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Binance pours US$6.3b to plug 90% of massive cyber heist as regulators circle

Crypto titan Binance has deployed over US$6.3 billion of its own reserves to absorb a colossal cyberattack, pledging full restitution as global securities watchdogs ramp up scrutiny

◉ Related