HEADLINES

Dua pemimpin AMK cabang Wangsa Maju, Gombak desak Shafiq beri penjelasan isu laporan polis terhadap Azmin

AMK mendesak Ketua Biro Penerangan Selangor, Shafiq memberikan penjelasan terhadap status laporan polis yang dibuatnya pada 12 Jun 2019 berhubung video tular itu

1:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Gombak dan Wangsa Maju mendesak Ketua Biro Penerangan Bersatu Selangor, Mohamad Shafiq Abdul Halim menjelaskan mengenai status laporan polisnya terhadap Datuk Seri Azmin Ali berhubung video tular di Sandakan pada 2019.

Ketua AMK Cabang Gombak, Haris Harahap dan Naib Ketua AMK Cabang Wangsa Maju, Ammar Othman mendesak Shafiq memberikan penjelasan terbuka dan bertanggungjawab terhadap status laporan polis yang dibuat pada 12 Jun 2019 itu.

Menurut mereka, AMK mempertikaikan sama ada Shafiq telah menarik balik laporan itu selepas menyertai Bersatu dan sekiranya benar, apakah implikasi terhadap siasatan yang telah atau sedang dijalankan?

“Perkara ini menjadi lebih penting memandangkan beliau kini memegang jawatan penting dalam parti Bersatu.

“AMK memohon penjelasan rasmi daripada Menteri Dalam Negeri, berkenaan status laporan tersebut dan status siasatan terkini oleh PDRM,’’ kata kedua-duanya menerusi kenyataan media berasingan hari ini.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa Azmin tidak layak menjadi pemimpin Bersatu selagi kontroversi video tular pada 2019 itu tidak diselesaikan.

Wan Saiful turut mendakwa siasatan forensik terhadap video membabitkan Azmin yang juga Setiausaha Agung Bersatu di Sandakan sebagai sahih.

Mengulas lanjut, mereka berkata laporan polis itu difahamkan merupakan laporan pertama yang direkodkan selepas video berkenaan tersebar dan pengakuan dibuat secara terbuka oleh Haziq Aziz melalui laman Facebook beliau.

“Ia telah direkodkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan turut menggesa agar siasatan dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta dirujuk kepada Jabatan Agama Islam,’’ katanya.

Tegas mereka, isu berkenaan menyentuh keyakinan rakyat terhadap prinsip undang-undang dan keadilan, justeru siasatan mesti telus serta bebas. – 1 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related