HEADLINES

‘Kerajaan tahu apa patut dibuat sebaik undang Trump’, kata Ismail Sabri

Ahli Parlimen Bera meminta rakyat menyerahkan kepada kebijaksanaan kerajaan untuk membuat keputusan

3:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin kerajaan mempunyai kebijaksanaan dalam mempertimbang dan membuat keputusan berhubung kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Sidang Kemuncak Asean Ke-47 Oktober ini.

Bekas Perdana Menteri ke-9 itu berkata, isu itu perlu dilihat dalam kerangka hubungan antarabangsa memandangkan Malaysia adalah Pengerusi Asean dan terikat dengan prinsip zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN).

“Dalam isu jemputan terhadap Trump, saya percaya kepimpinan kerajaan hari ini tahu apa yang patut mereka buat.

“Jadi kita serahkan kepada kebijaksanaan mereka untuk membuat keputusan,” katanya ketika menyantuni program Interviu Sinar Harian semalam.

Sehubungan itu, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera menjelaskan, Asean mempunyai peranan besar dalam mengekalkan keseimbangan hubungan dengan kuasa besar dunia seperti AS dan China terutama dari sudut kerjasama ekonomi.

Dalam masa yang sama, bekas Naib Presiden Umno itu menegaskan, pendirian Malaysia dalam isu Palestin tidak pernah berubah dan kekal konsisten menentang kekejaman Israel.

“Malaysia dari dahulu sampai sekarang konsisten menentang Israel dan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

“Kegagalan dunia menangani kekejaman Israel berpunca daripada kuasa veto di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang sering digunakan AS bagi menolak sebarang resolusi melibatkan Israel.

“Semasa saya menjadi Perdana Menteri, saya berucap di PBB supaya kuasa veto dihapuskan kerana ia menyebabkan semua keputusan terhadap Israel gagal dan selagi ada kuasa itu, apa sahaja yang diputuskan akan dibantah AS,” katanya.

Ahad lalu, Perdana Menteri dalam satu sidang media di Sandakan, Sabah menempelak pihak yang mempertikaikan jemputan kepada Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-47 di ibu negara pada bulan depan.

Anwar berkata, Kuala Lumpur akan menggunakan platform diplomasi berkenaan untuk terus lantang menyuarakan isu Palestin. – 1 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related