HEADLINES

Bekas Panglima ATM, Mohamed Hashim meninggal dunia pada usia 90 tahun

Mohamed Hashim menyertai ATM pada 1957 dengan menggalas pelbagai jawatan sebelum dilantik sebagai Panglima Tentera Darat pada 1985 dan kemudian sebagai Panglima Angkatan Tentera kesembilan pada 1987

3:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tun Dr Mohamed Hashim Mohd Ali meninggal dunia di sebuah hospital swasta pagi tadi, pada usia 90 tahun.

Allahyarham, yang juga bekas Pengerusi Ninety Eight Berhad, iaitu sebuah syarikat yang bertanggungjawab menguruskan Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur, menghempuskan nafas terakhir pada jam 11.52 pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh Panglima ATM Tan Sri Mohd Nizam Jaffar kepada Bernama.

Allahyarham adalah adik kepada Tun Dr Siti Hasmah, iaitu isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Mohd Nizam, Allahyarham dimasukkan ke wad kecemasan Ahad lepas kerana mengalami pendarahan di kepala.

Jenazah, katanya, akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Khalid Al Walid, Kementerian Pertahanan di sini sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Raudatul Sakinah di Sungai Besi untuk disemadikan dengan penuh adat istiadat ketenteraan.

Mohd Nizam berkata beliau pernah menjadi aide-de-camp atau juruiring (ADC) kepada Mohamed Hashim sebelum Allahyarham bersara.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Allahyarham dikenang sebagai tokoh pertahanan negara yang telah banyak berjasa melalui kepimpinan, khidmat bakti dan pengorbanan beliau kepada Angkatan Tentera Malaysia dan tanah air.

“Sama-sama kita mendoakan agar Allah SWT mengampuni dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, dan menempatkan roh beliau dalam kalangan para solihin,’’ katanya menerusi hantaran di Instagramnya.

Mohamed Hashim menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 1957 dengan menggalas pelbagai jawatan sebelum dilantik sebagai Panglima Tentera Darat pada 1985 dan kemudian sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-9 pada 1987.

Beliau bersara pada April 1992. – 1 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related