HEADLINES

Pendirian Malaysia mengenai pelan damai Trump antara tumpuan Dewan Rakyat

Antara isu lain ialah Tahun Melawat Malaysia 2026, audit keselamatan JPJ, nikotin dalam vape dan sindiket penipuan

9:24 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pendirian Malaysia terhadap pelan damai yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berhubung konflik Palestin-Israel menjadi tumpuan utama pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, soalan itu terkandung dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri yang akan dibangkitkan oleh Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) kepada Perdana Menteri.

Beliau juga ingin mengetahui sejauh mana pelan itu selaras dengan prinsip dan usaha Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin dan kedaulatan negara berkenaan.

Pada sesi sama, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) mengajukan soalan kepada Perdana Menteri berhubung tahap persediaan kerajaan bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 khususnya dari segi promosi antarabangsa serta penglibatan kerajaan negeri.

Ahli Parlimen itu turut membangkitkan mengenai perbelanjaan yang dibuat berasaskan prinsip ‘nilai untuk wang’ dan adakah kerajaan akan diadakan satu pelancaran besar-besaran pada 31 Dis 2025 seperti amalan sebelum ini.

Pada sesi soal jawab pula, Mordi Bimol (PH-Mas Gading) mengajukan soalan kepada Menteri Pengangkutan mengenai tindakan menyeluruh terhadap audit keselamatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang melibatkan pengusaha kenderaan komersial.

Beliau mahukan perincian berkenaan perancangan dan jadual audit ke atas kira-kira 300,000 syarikat serta jumlah yang telah diaudit dan pelan pendigitalan proses audit keselamatan bagi mempercepat pengesanan ketidakpatuhan dan mengurangkan kerenah birokrasi.

Sementara itu, Datuk Sri Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan faktor kelemahan penguatkuasaan sehingga Malaysia dilihat menjadi destinasi pilihan sindiket penipuan antarabangsa termasuk kes terbaharu melibatkan lebih 400 orang yang ditahan di Bangsar South, Kuala Lumpur.

Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) pula bertanyakan kepada Menteri Kesihatan sama ada kementerian itu bersedia untuk memasukkan semula nikotin ke dalam senarai bahan Racun Negara susulan bahan itu terkandung dalam vape.

Selepas sesi itu, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan pembentangan bacaan kali pertama Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 dan RUU Agensi Persendirian (Pindaan) 2025.

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-15 akan berlangsung selama 35 hari hingga 4 Dis ini. – 7 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related