◉ HEADLINES

Polis siasat pikap pamer pelekat kenderaan tulisan Yahudi ‘Malaysia di tangan kami’

Ketua Polis Melaka, berkata kertas siasatan dibuka selepas video papar kenderaan terbabit tular di media sosial

10:43 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan membabitkan satu video tular memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang mempamerkan pelekat bertulisan Yahudi atau Hebrew.

Dzulkhairi dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 3.32 petang semalam daripada seorang lelaki yang juga pegawai khas agama kepada Ketua Menteri Melaka.

“Pengadu membuat laporan selepas melihat video berdurasi 14 saat yang tular di media sosial memaparkan sebuah kenderaan Isuzu dipasang pelekat bertulisan Hebrew di bahagian badan kenderaan terbabit.

“Siasatan awal mendapati tulisan terbabit membawa maksud ‘Malaysia adalah rumah kita/ Malaysia di tangan kami’,” katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati kenderaan itu didaftarkan atas nama seorang lelaki beralamat di Gemencheh, Negeri Sembilan.

“Susulan itu, polis membuka siasatan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan ketakutan atau kegentaran awam.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan telekomunikasi,” katanya.

Dzulkhairi juga menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penyebaran video itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan secara telus.

Semalam, video berkenaan dikongsi seorang pengguna thread sehingga mencetuskan ribuan reaksi amarah selain mempersoalkan tindakan pemilik kenderaan berkenaan. – 8 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

◉ Related