HEADLINES

Anwar tinjau persiapan akhir Belanjawan 2026 ‘doakan semuanya selamat’

Anwar turut memohon semua rakyat Malaysia mendoakan pembentangan Belanjawan 2026 berjalan lancar

6:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa untuk meninjau persiapan terakhir Belanjawan Madani Keempat di Kementerian Kewangan petang ini.

Dalam kesempatan berkenaan, Perdana Menteri sempat beramah mesra dengan warga kementerian serta menandatangani dokumen-dokumen penting berkaitan Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, esok.

“Insya-Allah, usaha memperkukuh ekonomi dan menjaga kesejahteraan rakyat akan terus menjadi keutamaan Kerajaan Madani,’’ katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Dalam pada itu, ketika ditemui media, Anwar memohon semua rakyat Malaysia mendoakan agar pembentangan Belanjawan 2026 esok berjalan lancar.

“Doakan semuanya selamat, insya-Allah,” katanya.

Beliau dijangka membentangkan Belanjawan 2026 di Parlimen, pada jam 4 petang esok.

Seramai 320 pegawai dan kakitangan MOF daripada pelbagai bahagian termasuk Bahagian Cukai, Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Bahagian Antarabangsa, Bahagian Pejabat Belanjawan Negara dan Pasukan Bajet terlibat dalam penyediaan dokumen belanjawan tersebut.

Terdahulu, ketika memberikan taklimat berhubung Belanjawan 2026 kepada media di Putrajaya semalam, beliau memberitahu, pembentangan Belanjawan itu disifatkan sebagai usaha berterusan bagi memperkukuh ekonomi rakyat serta memacu pertumbuhan negara.

“Insya-Allah, belanjawan kali ini adalah satu ikhtiar untuk memastikan kemakmuran dapat dirasai secara adil dan saksama oleh semua lapisan masyarakat,” katanya. – 9 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related