HEADLINES

Bajet 2026: Kesuma tumpu kebajikan, perlindungan dan kemahiran pekerja

Kesuma berkata peruntukan itu seiring aspirasi Kerajaan Madani demi kemakmuran rakyat dan negara

11:10 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menyifatkan peruntukan RM1.828 bilion di bawah Belanjawan 2026 bukan sekadar angka sebaliknya cerminan falsafah untuk membina tenaga kerja sejahtera, berkemahiran tinggi dan berproduktif.

Kesuma dalam satu kenyataan berkata, peruntukan tersebut akan memberi tumpuan kepada perlindungan sosial, peningkatan kemahiran dan kesejahteraan tenaga kerja negara dan sejajar dengan moto 3K Kesuma, iaitu Kebajikan, Kemahiran serta Keberhasilan.

“Dari segi kebajikan, kerajaan meneruskan komitmen terhadap perlindungan sosial
pekerja termasuk menanggung 70% caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bagi pekerja gig di sektor yang belum dimandatorikan, memastikan pekerja tanpa majikan tetap dilindungi.

“Selain itu, Perkeso akan melengkapkan empat Pusat Rehabilitasi di Melaka, Perak, Terengganu dan terbaru di Pulau Pinang dengan pusat berkapasiti 250 katil,” katanya.

Kenyataan itu berkata, bagi membantu pencari kerja yang kehilangan pekerjaan termasuk graduan baharu yang perlu berpindah tempat tinggal untuk menerima tawaran kerja, Perkeso akan menyediakan insentif mobiliti sehingga RM1,000 dalam membantu mereka meringankan beban.

“Kadar maksimum bantuan rawatan hemodialisis turut dinaikkan daripada RM150 kepada RM170, melibatkan tambahan kos RM52 juta setahun bagi memastikan pekerja yang sakit tidak terbeban. Perlindungan kesihatan diluaskan liputan apabila Program Saringan Kesihatan Perkeso turut melibatkan pemandu pengangkutan awam dan barangan.

Dalam aspek kemahiran, kerajaan memperkukuh TVET sebagai teras baharu ekonomi Malaysia dengan peruntukan RM7.9 bilion.

Di samping itu, RM3 bilion dari levi HRD Corp akan menawarkan tiga juta peluang latihan dalam sektor teknologi dan tenaga baharu, manakala PTPK mendapat peruntukkan RM650 juta untuk membiayai lebih 25,000 pelatih dalam bidang strategik seperti AI, EV dan
semikonduktor.

Program Akademi Dalam Industri (ADI) di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) turut diberi RM34 juta bagi melatih pekerja tempatan secara langsung dalam operasi sebenar syarikat. Langkah ADI ini dijangka dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah.

Pada masa sama, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang melabur dalam latihan AI dan keselamatan siber akan menikmati potongan cukai tambahan 50% untuk mendorong lebih banyak pelaburan dalam kemahiran masa depan.

Sepanjang tahun 2025, hasil keberhasilan dalam pasaran buruh tempatan di Malaysia semakin jelas apabila kadar pengangguran menurun kepada 3%, terendah dalam tempoh sedekad.

Berikutan itu, penyertaan tenaga kerja meningkat kepada 70.8%, manakala penyertaan wanita dalam pasaran kerja terus meningkat melebihi 56%.

Kesuma turut berusaha mengecilkan jurang gaji antara gender dan wilayah, di samping memastikan produktiviti serta kemahiran pekerja terus meningkat seiring dengan gaji yang lebih bermaruah, katanya. – 11 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related