HEADLINES

KKM masih siasat punca sebenar kanak-kanak tular maut akibat influenza

KKM berkata keputusan ujian makmal menunjukkan kanak-kanak berkenaan positif Influenza A, namun komplikasi utama yang dikenal pasti ialah radang otak yang menyebabkan sawan

1:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR –  Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya masih menyiasat punca sebenar kematian seorang kanak-kanak berumur empat tahun di Samarahan, Sarawak yang disyaki ada kaitan dengan jangkitan Influenza A.

Beliau berkata, keputusan ujian makmal menunjukkan kanak-kanak berkenaan positif Influenza A, namun komplikasi utama yang dikenal pasti ialah radang otak yang menyebabkan sawan.

“Ujian makmal menunjukkan positif jangkitan Influenza A, namun perlu diingat komplikasi utamanya adalah radang otak, yang lazimnya boleh menyebabkan sawan, keadaan ini juga boleh disebabkan pelbagai virus lain.

“Jadi kita masih belum dapat mengesahkan sepenuhnya bahawa ia disebabkan iinfluenza A, walaupun diagnosis awal (menunjukkan ke arah itu). Adalah lebih baik kita tunggu untuk kita dengar diagnosis akhir,” katanya selepas majlis sambutan Hari Hospis dan Rawatan Paliatif Sedunia 2025 di sini hari ini.

Jelas Dzulkefly, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menegaskan bahawa hasil siasatan penuh perlu ditunggu sebelum sebarang kesimpulan dibuat.11

Menurut berkata kebanyakan kes influenza yang dikesan di seluruh negara menunjukkan simptom ringan dan buat masa ini situasi masih berada pada tahap terkawal meskipun terdapat wabak yang membimbangkan.

Dzulkefly berkata sebanyak 116 wabak dan 97 kluster influenza dikesan setakat ini dan keadaan itu tidak boleh dipandang ringan, namun orang ramai tidak perlu panik.

“KKM akan terus menjalankan pemantauan melalui sistem pengawasan ILI (penyakit seperti influenza) dan SARI (jangkitan pernafasan akut teruk).

“Kami juga bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan bagi menyalurkan maklumat terkini serta memberi nasihat mengenai tahap keseriusan situasi semasa,” katanya lapor Bernama.

Beliau turut mengingatkan orang ramai yang mengalami gejala supaya memakai pelitup muka, mengamalkan kebersihan tangan, mengelakkan tempat sesak serta melindungi orang lain daripada jangkitan. – 11 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

Related