HEADLINES

[Kemas Kini] Bersatu gantung Wan Fayhsal, pecat Wan Saiful dan empat yang lain

Kesemuanya dikenakan tindakan selepas melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti, yang mewajibkan ahli mematuhi perlembagaan, kod etika dan tatakelakuan parti

9:13 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bersatu memecat Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan bersama empat yang lain dan menggantung keahlian Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Perkara itu disahkan sepucuk surat dikeluarkan Lembaga Disiplin parti yang bermesyuarat malam tadi yang memutuskan untuk menggantung hak keahlian kedua-dua Ahli Parlimen itu di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu bagi satu penggal pilihan raya.

Ahli lain yang dipecat ialah Mohd Azrudin Md Idris (Hang Tuah Jaya); Mohd Faizal Asmar (Pengerang); Mohd Fadhli Ismail (Ipoh Timur) dan Mohd Isa Mohd Saidi (Ampang).

Surat berkenaan yang ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin, Radzi Manan menyatakan bahawa penggantungan itu dikenakan kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti, yang mewajibkan ahli mematuhi perlembagaan, kod etika dan tatakelakuan parti.

Kedua-dua Ahli Parlimen itu juga dilucutkan semua jawatan dalam parti dan dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan bagi pihak Bersatu sehingga tempoh penggantungan berakhir.

Ia turut menyebut bahawa kedua-dua mereka boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan parti dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis.

Menurut sumber parti ketika memetik laporan FMT, Lembaga Disiplin turut memecat lima ketua bahagian parti berkenaan.

Difahamkan tindakan itu diambil berhubung dakwaan penglibatan tujuh individu terbabit dalam ‘gerakan akuan berkanun (SD)’ yang bertujuan menjatuhkan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, serta peranan mereka dalam kekecohan yang berlaku semasa satu acara rasmi baru-baru ini.

Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, juga tidak dapat mengesahkan perkara itu ketika cuba dihubungi media.

“Saya tidak dapat mengesahkannya. Saya beranggapan Lembaga Disiplin berhubung terus dengan mereka secara individu,” katanya.

Sementara itu Wan Saiful ketika dihubungi Scoop berkata beliau bakal mengadakan sidang media berhubung perkembangan terbabit bersama Wan Fayhsal pada tengah hari ini.

“Insha Allah saya dan YB Wan Ahmad Fayhsal akan adakan sidang media di parlimen pada 12 tengah hari,” katanya. – 14 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related