HEADLINES

MCMC turunkan lebih 130,000 kandungan berunsur penipuan setakat 30 Sept: Fahmi

Menteri Komunikasi berkata, bagi kandungan berunsur buli, sejumlah 50,160 permohonan dibuat, 77% atau 38,470 kandungan telah diturunkan dalam tempoh sama

3:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Fahmi Fadzil berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengemukakan 139,880 permohonan kepada penyedia perkhidmatan untuk menurunkan kandungan berunsur penipuan, dan 95% atau 133,348 kandungan berjaya diturunkan dari 1 Jan 2022 hingga 30 Sept lepas.

Menteri Komunikasi itu berkata, bagi kandungan berunsur buli, sejumlah 50,160 permohonan dibuat, 77% atau 38,470 kandungan telah diturunkan dalam tempoh sama.

“Tindakan penurunan ini dibuat berdasarkan aduan yang diterima serta garis panduan komuniti yang telah ditetapkan oleh setiap platform selaras dengan undang-undang tempatan,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) mengenai langkah drastik yang akan diambil kementerian bagi menangani isu scammer serta buli dalam talian yang semakin berleluasa.

MCMC juga jelas Fahmi melaksanakan keperluan pelesenan bagi penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang memenuhi keperluan pelesenan untuk memohon serta mendapatkan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP(C)) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bermula 1 Jan lepas.

Beliau berkata langkah itu bagi memastikan setiap penyedia perkhidmatan memikul tanggungjawab dalam menguruskan operasi mereka dengan baik di Malaysia termasuk menangani kandungan penipuan dan buli. 

Fahmi berkata MCMC turut menerbitkan Kod Tatalaku Amalan Terbaik Untuk Penyedia Perkhidmatan Pesanan Internet dan Penyedia Perkhidmatan Media Sosial pada 20 Dis 2024 yang menggariskan tanggungjawab penyedia perkhidmatan dalam melindungi pengguna media sosial daripada kandungan memudaratkan.

Beliau berkata Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) turut digubal bagi meningkatkan dan menggalakkan keselamatan dalam talian di Malaysia serta mengawal selia kandungan memudaratkan dan mengadakan peruntukan bagi kewajipan serta obligasi bagi pemberi perkhidmatan aplikasi, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan dan pemberi perkhidmatan rangkaian bagi mengekang isu seperti penipuan dan buli dalam talian.

“Ketika ini, MCMC sedang membangunkan instrumen subsidiari di bawah Akta 866 di mana peraturan dan kod yang sedang dibangunkan oleh MCMC turut memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitan termasuk berkenaan pengurusan risiko dalam talian,” katanya lapor Bernama.

Setakat 30 September lalu, Kempen Internet Selamat yang bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat terhadap keselamatan digital termasuk isu penipuan dalam talian dan buli siber telah dilaksanakan di 3,825 institusi pendidikan.

Kempen itu melibatkan penyertaan 218,000 peserta dan 337 progam untuk masyarakat umum membabitkan 222,000 peserta seluruh negara, katanya. – 14 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related