HEADLINES

Kes tikam: MCMC gesa tidak tular gambar, video mangsa

MCMC berkata tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu yang mengedarkan kandungan sedemikian di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]

9:50 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa orang ramai untuk tidak menyebarkan atau memuat naik sebarang bentuk kandungan termasuk gambar atau video memaparkan mangsa tikaman di sebuah sekolah di Petaling Jaya pagi semalam.

Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini turut menegaskan sekiranya sebarang bentuk penyebaran telah dilakukan orang ramai, mereka diminta dengan penuh tanggungjawab untuk segera memadamkannya.

“MCMC menggesa semua pihak agar bertindak dengan penuh tanggungjawab dan tidak berkongsi, menghantar semula atau memuat naik sebarang kandungan, termasuk gambar atau video, yang memaparkan mangsa, pelajar lain atau lokasi kejadian.

“Sekiranya kandungan sedemikian telah dimuat naik, orang ramai dinasihatkan supaya segera memadamkannya,” kata MCMC yang turut merakam ucapan takziah kepada keluarga pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut dalam insiden tragis itu.

MCMC berkata, perbuatan menyebarkan gambar atau video mangsa bukan sahaja melanggar privasi dan maruah keluarga terlibat, malah menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Suruhanjaya itu turut mengingatkan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu yang mengedarkan kandungan sedemikian di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi semalam, seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut disyaki ditikam seorang pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya.

Berikutan itu, polis merampas dua senjata tajam yang disyaki digunakan dalam kejadian tersebut dan turut menahan suspek berumur 14 tahun yang merupakan pelajar sekolah sama. – 15 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related