HEADLINES

Rakyat Malaysia guna lesen Singapura boleh mohon Budi95 mulai esok: Loke

Semua permohonan akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk penelitian dan pertimbangan kelayakan

4:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Laman sesawang khas bagi memudahkan rakyat Malaysia yang menggunakan Lesen Memandu Singapura (LMS) memohon Budi Madani RON95 (Budi95) akan dibuka mulai esok, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Menurutnya, ia bagi membantu rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura tetapi terpaksa menggunakan lesen memandu republik itu untuk tujuan pekerjaan khususnya dalam sektor perkhidmatan seperti pemandu bas, pemandu perkhidmatan sokongan dan pekerja operasi.

Laman sesawang itu, katanya, yang dilancarkan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh diakses di www.BUDI95lesenSG.jpj.gov.my manakala status kelayakan boleh disemak selepas 14 hari melalui portal rasmi www.budi95.gov.my.

“MOT prihatin terhadap maklum balas daripada warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura berkenaan pelaksanaan Budi95 khususnya mereka yang terlibat dalam sektor perkhidmatan seperti pemandu bas dan pekerja operasi,” katanya, lapor Bernama.

Loke menambah, subsidi Budi95 kekal hanya untuk kenderaan yang didaftarkan di Malaysia manakala rakyat Malaysia yang tidak lagi bekerja di republik itu boleh memohon semula Lesen Memandu Malaysia setelah membatalkan lesen Singapura mereka mengikut prosedur sedia ada.

Semua permohonan, ujar beliau, akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk penelitian dan pertimbangan kelayakan berdasarkan syarat iaitu pemohon merupakan warganegara Malaysia, memiliki LMS yang masih sah dan mempunyai status permit pekerjaan di Singapura.

“Langkah ini dapat membantu memudahkan urusan warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura agar turut mendapat pertimbangan sewajarnya dalam pelaksanaan program subsidi bahan api negara,” katanya. – 15 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related