HEADLINES

GLC dan GLIC bukan mesin ATM kerajaan: Ka Siong

Presiden MCA berkata menggunakan dana GLC dan GLIC bukan reformasi fiskal tetapi penjarahan fiskal ibarat ‘menyembelih itik yang bertelur emas’

10:54 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2026 tidak mencerminkan semangat transformasi seperti yang sering dilaungkan Kerajaan Madani sebaliknya menimbulkan persoalan penyimpangan mandat teras korporat asal GLC dan GLIC yang diperlaku tak ubah seperti mesin ATM.

Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) berkata, langkah menggunakan dana GLC dan GLIC bukan reformasi fiskal sebaliknya penjarahan fiskal ibarat ‘menyembelih itik yang bertelur emas’.

Beliau yang juga Presiden MCA berkata pada sesi perbahasan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat semalam, ia berlaku apabila beban kewangan kerajaan dipindahkan kepada rakyat melalui cukai-cukai, caj dan pemotongan subsidi terselindung.

Selain itu, menurutnya ia berlaku apabila dana sehingga RM50 bilion dikutip daripada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi membiayai projek-projek kerajaan.

Tambah beliau, langkah itu tidak bermakna kerajaan berjimat sebaliknya ia boleh menjejaskan pulangan jangka panjang kerana pelaburan sedemikian berpotensi mengurangkan dividen yang sepatutnya disalurkan semula kepada rakyat.

“Saya ingin menegaskan di sini, GLC dan GLIC bukan mesin ATM kerajaan. Mereka diwujudkan untuk menjana pelaburan strategik dan pulangan jangka panjang kepada rakyat.

“Apabila mereka dipaksa mencairkan aset bagi membiayai perbelanjaan semasa, kerajaan sebenarnya menggadaikan pendapatan masa depan untuk menampung kelemahan hari ini.

“Cara ‘tutup lubang gali lubang’ seperti ini tidak dapat selesaikan masalah pokok,” katanya. – 16 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related