HEADLINES

8.8 juta penerima STR Fasa 4 terima bayaran lebih awal mulai esok

PM berkata bagi fasa ini kerajaan memperuntukkan RM2 bilion, dengan kadar bayaran sehingga RM700 yang ditetapkan mengikut kategori

1:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sejumlah 8.8 juta penerima akan menerima bayaran Fasa 4 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bermula esok, lebih awal berbanding jadual asal pada pertengahan November, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi fasa ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2 bilion, dengan kadar bayaran sehingga RM700 yang ditetapkan mengikut kategori.

“Diharapkan penyaluran Fasa 4 STR 2025 ini sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan kewangan menjelang sambutan Deepavali,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, jumlah tersebut termasuk 200,000 pemohon baharu yang telah diluluskan bayaran Fasa 4 STR, yang mana penyaluran akan dibuat mulai 13 November depan.

“Jumlah penerima Fasa 4 meningkat 500,000 individu susulan keputusan kerajaan untuk membuka permohonan baharu dan rayuan sepanjang tahun.

“Tekad Kerajaan Madani adalah untuk memastikan bantuan yang melibatkan agihan limpahan negara ini dapat dimanfaatkan oleh segenap lapisan rakyat Malaysia,” katanya.

Kerajaan akan terus membuka pendaftaran STR dan SARA 2026 sepanjang tahun agar lebih ramai rakyat berpeluang mendapat manfaat daripada bantuan.

Dalam pembentangan Belanjawan Madani Keempat pada 10 Oktober lalu, kerajaan memperuntukkan keseluruhan STR dan SARA mencecah RM15 bilion bagi tahun 2026.

“Bagi penerima sedia ada, data mereka akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data Kerajaan bersama data daripada agensi-agensi berkaitan untuk semakan kelayakan STR dan SARA 2026 mengikut syarat yang ditetapkan.

“Pendekatan ini turut mengurangkan risiko keciciran dan memastikan bantuan terus sampai kepada golongan sasar,” katanya.

Sementara itu, MOF mengingatkan penerima STR agar sentiasa berwaspada terhadap pautan tidak sahih dan cubaan penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan maklumat berkaitan program STR.

“Sebagai perlindungan daripada kes penipuan, pihak MOF tidak pernah meminta maklumat peribadi melalui SMS atau WhatsApp,” kata kementerian itu. – 17 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

Related