HEADLINES

Kes tikam pelajar: ‘pihak sekolah mohon maaf, kami ambil tanggungjawab, cuba buat terbaik’ – pengetua

Pihak sekolah sangat terkesan dan akan melakukan yang sewajarnya bagi memastikan pelajar dapat belajar dalam keadaan selesa dan selamat

9:06 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengetua sekolah yang terlibat dalam kejadian tikam hingga membunuh seorang pelajar Tingkatan Empat di Bandar Utama, memohon maaf dan akan mengambil tanggungjawab terhadap insiden tersebut.

Pengetua terbabit, dalam nada kesedihan berkata, pihak sekolah juga sangat terkesan dengan kejadian menyayat hati hingga meragut nyawa seorang pelajarnya.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan dengan ibu bapa pelajar-pelajar di sekolah terbabit. Video tersebut tular di media sosial.

“Saya bagi pihak sekolah memohon maaf atas kejadian yang berlaku. Tiada siapa yang nak perkara ini berlaku tapi sudah berlaku.

“Kami ambil tanggungjawab. Kalau ibu bapa masih ada cadangan atau bagi ruang untuk kami bertindak, yang rasa wajar, kami akan buat, asalkan anak anak belajar dalam keadaan selesa dan selamat.

“Saya menghargai setiap sokongan ibu bapa dalam hal ini,’’ katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun telah ditahan reman selama seminggu bagi siasatan kes tikam seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, pada Selasa.

Semalam, ibu mangsa, Ibu mangsa, Wong Lee Ping berkata, bedah siasat yang dijalankan mendedahkan terdapat kira-kira 200 kesan tikaman di badan anaknya.

Jelasnya, berdasarkan laporan bedah siasat oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), terdapat luka besar dan kecil di bahagian kanan badan, leher dan paru-paru.

Pada Rabu, Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, tikaman pada dada dan leher dikenal pasti menjadi punca kematian pelajar perempuan terbabit.

Sementara itu, pengetua sekolah tersebut memberitahu, bukan mudah untuk mentadbir sekolah dengan murid seramai 1,197 orang namun mereka menyahut cabaran dan akan melakukan yang terbaik. – 18 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

SIC quashes F1 return rumours for 2026

Speaking to Scoop, SIC chief executive officer Azhan Shafriman Hanif said the SIC has not approached F1 or has any agreement to bring the race back. 

Related