HEADLINES

Polis kesan penganjur selepas 22 cedera dalam kejadian letupan mercun di Kulim

Polis sedang menyiasat sama ada pertunjukan itu menggunakan bahan letupan haram atau diubah suai

1:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan penganjur yang terlibat dalam pertunjukan bunga api di Paya Besar, Kulim, malam tadi hingga mengakibatkan 22 orang cedera manakala seorang lagi kritikal.

Ketua Polis Daerah Kulim, Zulkifli Azizan berkata, setakat ini penganjur belum tampil bagi membantu siasatan.

Jelasnya, siasatan juga dijalankan bagi mengetahui sama ada bahan letupan yang digunakan itu adalah haram atau diubah suai.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1958,’’ katanya, lapor NST.

Dalam kejadian malam tadi, seramai 22 orang awam cedera termasuk termasuk seorang lelaki mengalami kecederaan serius pada dahi dalam insiden letupan akibat pembakaran mercun di Paya Besar dekat sini, tengah malam tadi.

Kejadian pada 12.45 tengah malam itu disedari anggota membuat rondaan pencegahan jenayah yang melihat kesesakan lalu lintas dengan kehadiran orang ramai di tepi jalan Paya Besar.

Seorang mangsa mengalami kecederaan serius di dahi dengan luka sepanjang 5 sentimeter.

Sementara mangsa yang lain hanya mengalami luka kecil akibat terkena belerang di bahagian badan dan tangan. – 20 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related