HEADLINES

AirAsia terima pesawat A321NEO, A321LR pada separuh kedua 2026

Ketua Pegawai Eksekutinya berkata ia bagi mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran penerbangan jarak sederhana

1:47 PM MYT

 

TASHKENT – AirAsia X Bhd merancang untuk mengembangkan armada dengan membeli pesawat yang lebih kecil termasuk pilihan enjin baharu (NEO) dan model jarak jauh (LR) sebagai sebahagian daripada strategi untuk mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran penerbangan jarak sederhana.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Benyamin Ismail berkata syarikat penerbangan itu dijangka menerima pesawat baharu itu pada separuh kedua 2026.

Beliau berkata AirAsia X akan menerima penghantaran pesawat Airbus A321neo dan A321LR, membolehkannya melakukan penerbangan yang mengambil masa antara lima dan tujuh jam.

“Sebagai contoh, kami sedang menilai beberapa destinasi berpotensi seperti Busan di Korea Selatan, Adelaide dan Darwin di Australia serta bandar-bandar kecil di China,” katanya semasa lawatan suai kenal bersama media dalam penerbangan sulung syarikat penerbangan itu ke Tashkent, Uzbekistan.

Syarikat penerbangan tempatan itu melancarkan penerbangan pertamanya ke Tashkent pada 15 Oktober, 2025, menawarkan tiga perkhidmatan mingguan antara Malaysia dan ibu negara Uzbekistan.

Tashkent menandakan destinasi kedua AirAsia X di Asia Tengah selepas Almaty, Kazakhstan yang dilancarkan pada 14 Mac, 2024.

Benyamin berkata syarikat penerbangan itu juga memberi tumpuan kepada meningkatkan kekerapan penerbangan merentasi destinasi sedia ada, memandangkan prestasi keseluruhan adalah menggalakkan.

“Di Australia, sebagai contoh, kami sedang berusaha ke arah menawarkan jadual lebih konsisten, manakala permintaan di China telah meningkat, justeru kami menambah semula kapasiti di sana, selain itu permintaan untuk penerbangan ke Jepun dan Korea Selatan juga kekal kukuh.

Beliau berkata keputusan bulanan dan suku tahunan syarikat penerbangan itu telah menunjukkan faktor muatan yang positif dengan purata 84 peratus.

Benyamin menyifatkan angka itu sebagai peningkatan ketara berbanding paras direkodkan semasa tempoh pandemik Covid-19. – 20 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related